Skip to main content

Posts

Perjalanan yang jauh terasa dekat dengan perkongsian driver

Bagaimana caranya untuk memandu ke Kuala Lumpur tanpa rasa letih dan sakit hati sebab anda sorang je kena drive? Kongsi pemanduan anda dan bahagiakn ia mengikut tiga bahagian. Selepas setahun memandu berseorangan ke Johor Bahru daripada Kelantan, tiada lagi perjalanan di atas jalan yang terasa selama menuju ke sana. Tips nya adalah:1. Jangan rushing semasa nak menuju ke sesuatu tempat2. Selalu sediakan air dan makanan ringan untuk 'pilot'3. Sentiasa sediakan lawak lawak yang kurang lawak dan sentiasa sediakan isu untuk dibincangkan bersama4. Sediakan sesuatu untuk dipakai ketika sejuk contohnya selimut dan sweater yang dipakai ke Gunung Everest5. Gilir pemandu bila tiba di bahagian seterusnya7. Jangan mengelat. Berlakon mengantok dan seangkatan dengannya
Recent posts

Memori di Facebook

Kadang kadang hanya memori best yang kita ingat sepanjang hidup. Memori tak best dan memori kurang best? Facebook akan tolong ingatkan. Macam mana nak tau? Bila ada something orang post pada tarikh lepas, Facebook akan up kan balik untuk ingatkan kita.Jadi janganlah buat perkara bodoh dan post dalam Facebook. Kalau taknak gelak pada diri sendiri. Sekadar berpesan.

Lama tak menulis

Setiap tahun ada je post ya g macam ni. Aku bukan lah seorang yang menulis secara konsisten. Bila dah bosan takde kerja. Konsol kat rumah sewa. Laptop di sekolah. Tab kat rumah. Kasut ball kat rumah. Daripada balik kampung mereput baik menulis. Bila tengok orang hidup dengan travel. Mencari uang kasi pagi makan pagi kais petang makan petang. Rasa kagum dan betapa kuatnya semangat survival mereka. Semoga kita sentiasa kuat.

Bola keranjang kelantan (bukan cina)

Banyak dah dalam kepala benakku mengenai bola keranjang Kelantan (bukan cina).Pertamanya label (bukan cina). Kenapa kena ada bukan cina? Kata taknak racist tapi jadi racist jugak. Ni pemahaman aku je sepanjang main di kelantan. Kenapa kalau orang lain develop jadi hebat nak dengki? Biarlah, itulah bezanya coach hebat dan coach hati busuk. Kita ajar, dia hebat, nak menggelupur kenapa?Bila dah tua, paham paham la sendiri, pergi petang untuk peluh bukan struggle hard to play for NBA team. Maaflah, takde sape yang betul betul komited nak ajar adik adik di sekokah. Projek sekolah sbp, mrsm, smk semua buang ke dalam tong sampah.Sampai bila kita nak main secara competitive, bukan develop player baru dan wujudkan kesedaran anak muda tentang bola keranjang?

Couple Day (11.11)

Suatu revolusi jual beli yang dicetuskan oleh Jack Ma, orang besar Alibaba Express (tak pernah tayang kereta, tayang duit dalam insta mahupun fb).Kini fenomena beli belah 11.11 dah masuk dalam Malaysia sekalipun dalam Lazada mahupun mana mana website beli belah Malaysia.Hal ini kerana, dulu masa kecik, aku tertanya tanya la apakebenda la Boxing Day atau Black Friday ni tapi jawapan yang gua dapat hanyalah, ni semua hari istimewa agama lain, tak boleh tahu. Pulak dah.Rupanya itu adalah hari di mana segala barang mahal diberi diskaun (munasabah, bukan munasarawak).Jadi, apa apa hal, nak libatkan diri dalam pembelian online, kena buat study dulu, jangan main bedal je. Karang beli barang 10.11 harga rm100 masuk 11.11 jadi rm50. Tak ke meroyan sepanjang tahun duk pikir diskaun yang sepatutnya kau dapat tu?Happy 11.11.

Putrajaya, aset kerajaan dan tempat tinggal untuk masa depan

Semua berangan untuk memiliki sebuah kehidupan sempurna macam dalam movie barat bukan? Naik kereta sport, rumah besar, rumah kemas, kerja duduk dalam office je tunggu agreement datang dan sign, duit juta juta masuk dan ada bini cantik.Hakikat kehidupan seorang penjawat awam bukan macam tu. Boleh je nak capai semua benda macam tu tapi ada yang perlu dikorbankan. Contohnya masa bersama anak anak kerana bila dah pangkat besar, jadi makin sibuk dan kena ke sana ke mari banyak kerja banyak majlis nak attend.Tapi, semua impian penjawat awam, nak masa banyak bersama keluarga dan masa yang berkualiti adalah dengan bekerja di Putrajaya dan tinggal di sana. Suasana selesa, semua agak tersusun, mall jauh, mall ada tapi mall bosan. Dan bebudak main basikal ada hon dan naik moto lelaju takde. Yang paling jahat la kiranya main badminton depan rumah dengan adik adik. Tu je la. Tapi yang pastinya, masa berkualiti kau akan dapat.Itu yang kita inginkan.

Bersyukur dan menanti

Saya tau ramai dah di antara pelajar IPG kini tak sabar nak menghabiskan sisa hidup yang kononnya terseksa di IPG walhal diberikan elaun free selama 5 tahun setengah tanpa perlu bayaran balik.Di sini semua penulisan saya hanyalah berdasarkan perspektif seorang bakal guru, bukan seorang guru, doktor, engineer, atau pelajar. Jadi kalau ada percanggahan pendapat minta ditegur secara baik di lama Whatsalp atau FB.Ada yang sudah menerima panggilan temuduga dan semuanya sudah selesai buat mereka. Hanya menanti tempat u tuk bekerja manakala lebih 3000 lepasan IPG menanti temuduga bercampur dengan graduan simpanan dan beberapa kes tercicir tahun lepas.Apa yang boleh saya nukilkan di sini hanyalah kita perlu bersyukur dan look at the positive dan teruskan berdoa. Buat apa yang perlu, latih otak dan teruskan aktif bukan duduk selebek kat rumah ye?Salam.