28 May 2010

kolam renang

sepanjang hidupku ,
aku tak pernah pandai berenang macam katak .
aku tak kata orang power berenang katak .
macam je .ahaha .

duk kat sini .negara mundur bhai .
mundur tahap hungga bungga .
ada kolam renang besar punya .
macam kat bukit jalil .

sebab aku tak pandai berenang .
aku menolak tawaran perenang2 negara untuk mandi di sana .
tapi ,pok jat berjanji akan membelanjai aku .
sape tak nak .
wa sapu je .

sampai sane .
air kolam bau masam .
arab peluh2 terjun mandi gitu je .
ada sorang muka macam rooney .
berenang gila power .
macam ikan flower horn .

jin pokjat yap ajar aku berenang .
ajar cara nak apungkan diri .
hah ambik kau !
aku cramp 5 kali sebab ehem2 .
ahaha .

p/s : aku pandai berenang macam Michael Phelps dah :]

24 May 2010

semua tiru stail aku

the last shadow puppets .

biarpun orang kata the beatles ketinggalan zaman .
aku suka kot .last shadow puppets tiada kene mengena pun dengan diorang .
tapi gaya muzik mereka . fuh sebijik tiru aku !

nevershoutnever!

yang ni sorang lagi .buat-buat comel naik besikal .
aku suka bila dia buat show guna ukulele dia .
hah! tiru aku lagi .nampak tak permainannya di situ .

muse .

tersohor gila band ini .bukan setakat kat british disana .
kat kuala krai kampung kesayanganku itu lah tempat gig first diorang.
terkejut kan ?
micky yoochun .

dia ni orang asia . sori lah kalau sesape yang anti-korea tu .
mane ade laki tengok cite korea macam pompuan .
batista dengan rikishi pun layan apa .
mamat ni belajar dengan aku, kelas vokal dengan piano .

julian casablancas .

nama macam belangkas sikit2 kan ?
tapi tak apa asalkan ada gaya .gaya .
frontman the strokes .sekarang buat solo projects sebab aku ambil alih the strokes .
the strokes tukar genre ,genre irama melayu + caklempong .

oral

oral adalah melambangkan exam menggunakan mulut .
jangan fikir 18sx ye .
ahahaha.

debaran jantung hampir memecahkan dadaku .
tatkala ku dipanggil untuk memasuki medan perang oral .
(saja aku buat bagi gempak)

bila masuk .disuruh aku tunggu .
borak dulu pasal the last shadow puppets .
gila best band tu .

masuk exam .
tandatangan nama .
then ,kena gelak sebab rambut .
padahal dah pendek .

soalan pun ditanya .
penuh debaran .
aku bajet banyak .
tanya tulang humerus sahaja .
4 minit .
aku blank .
dia kata 'good, u can go' .
saje nak buat aku sedap hati lah tu.

15 May 2010

family

8 ahli keluarga.
p/s: dan semestinya aku paling hensem en?


mungkin post ini paling 'touching'.
sebab 8 bulan tak balik rumah jumpa keluarga.
kau orang bayangkan. sob sob :(


  1. abah: hensem, berkaliber, suka main sepak takraw, main trumpet aha.cerita dulu- dulu.
  2. ibu: penyayang, suka bawak anak2 beliau jalan2. rajin. sentiasa panggil nama anak2 beliau sekaligus.
  3. kakak: dia adik aku.tapi kenapa aku panggil kakak?aku pun tak tau, ni termasuk dalam 7 misteri dunia. main sepak takraw. wow! aku pun x berapa pandai.
  4. nabil: kelakar macam pak mat tempe kat rumah. tapi kat sekolah. hah! ambik kau, baik. dan dia rajin tahap maksimum jangan lupa.
  5. najmie: yang ni atlet.pernah sekali dia terjatuh masa pecut 100 M. abah tanya kenapa jatuh? dia jawab laju sangat amie lari. ahaha. bernas jawapan itu.
  6. awin: aha. yang ini aku dah cerita en? rupanya kelakar itu campuran genetik abah dengan ibu.
  7. iman: nama macam ala-ala laki. tapi perempuan iye. jangan tanya lagi. sebelum aku pergi belajar dia baru 3 bulan. sekarang maybe 2 tahun. herm? aku kurang sikit matematik ni.

.family first.

10 May 2010

gula

'i saung stupik wen i spik in inglish' .
jadi aku tulis dalam bahasa ibunda iye kawan2.
semasa aku di bangku sekolah perpaduan.
ketika itu aku begitu comel dan 'adorable'. mak cik jual nasi lemak pun mintak no. fon aku.
tapi yang aku ada hanyalah no surat beranak.
maaflah ye mak cik.


lepas balik sekolah. terus tidur sebab letih.
padahal belajar ABC sahaja. tidur punya tidur, sehingga aku tersedar dek satu laungan.
laungan yang begitu aku kenal sejak bayi lagi.
'naem! pergi kedai. gula habis'.


aku basuh muka. ibu kasik duit rm 5 suruh beli gula 2 kilo.
mamai masih menguasai diri comel ini.
aku stat enjin basikal aku dan terus memecut sepantas cahaya lampu neon.
pabila laju sangat. jatuh itu normal.
aku jatuh klepek. sipi2 je lagi nak kene tahi lembu.
jangan gelak nanti Allah bagi balasan.


insiden ngeri itu menjadikan aku luka di kedua belah lutut comel aku.
aku teruskan perjalanan ke kedai Mak Jah untuk selesaikan misi.
then aku terus balik rumah.
dan aku insiden kedua terjadi.
ibu marah aku.
'ibu suruh beli gula 2 kilo! bukan Gula-gula 2 kilo'.
aish* maaf ibu :(


08 May 2010

awin gedik

awin. nama sebenar Allisya Syazwina bt Mohd Rozlan.
umur 7 tahun. muda tapi dah bajet hot dan gedik. aiseh*
adik aku paling menyerlah kot.
sebab kelakar tahap raja lawak.
sehingga kan aku pun kene kutuk dengan beliau, hitam.
ade ke aku hitam. haktuih.ahahah!


mase baby aku jage beliau. botak. setahun still botak.
sume orang bagi dialog same. 'eh naem nanti adik kau besar mesti hensem'.
kesian kau awin.


dekat rumah minah ni kuat joli. joli shopping.
shopping ape sangat lah kan budak2. jajan dengan gula2 je la.
tapi bukan duit beliau. duit aku.
bukanlah nak berkire tapi kalau sehari dah seringgit.
bertambah keringlah aku.


pernah sehari aku berlakon marah kat beliau.
aku tak kasi duit seringgit. tetibe.
beliau keluar rumah dan kembali dengan jajan yang banyak.
siap kasik aku aiskrim kacang + keropok bika.
aku suka lah ape lagi. bertambah sayang kat beliau.


check2 dompet aku dalam bilik. argh!
rm 10 hilang. memang sah beliau ambik.
tak ape la. marah buat ape.
adik kesayangan aku.


05 May 2010

hot

bukan hot ape. tapi hot sebab sekarang musim kat sini berdaya menitikkan peluh emas aku.
kalau aku melayu yang kurang berpeluh ni pun dah menitik ketiak, kau orang bayangkan arab.
yang dah terukir sejarah sebagai kaum manusia paling masam.
aku memang tabah dah kental bile naek bas pergi kuliah.


mandi sekarang aku tak tangguh lagi macam dulu. dulu seminggu relax je tak mandi.
peluh tak ade. yang ade hanyalah haruman One Drop. ececece.
hari ini aku mandi 2 kali. 'sahaja aku mandi dengan ikhlas'.


sekarang aku tengah exam final first year. dah seminggu pun.
kau orang tolong doa-doakan aku iye.
bukan ape. doa sahabat ni makbul.

seorang pendidik bangsa barangkali