28 June 2010

semua sama



status di facebook semuanya sama .
'yeay! exam dah habis bole balik melesia' .
sebenarnya aku pun nak update status, tapi aku kene kekalkan dara .
semenjak aku buat facebook, aku tak pernah update apa-apa status .
i dara lagi okay .
ahaha .


exam BI paling last .
terbaik punya .
sebab sebijik macam buku latihan yang prof bagi .
nampak sangat die anggap kami masih budak2 tadika .


tapi aku tak kesah pun sebab memg Alhamdulillah bole jawab .
satu lagi .tiket gua 3.7.2010 ye teman-teman .
sesiapa yang rindu tu bole lah tulis kat wall fb aku .
nyatakan betapa rindunya korang kat aku ,
dan 5 orang pemenang bertuah akan dapat belanja aku makan .
secret recipe .


p/s: pasal gambar kat atas .
adik aku yang comel dapat 5A !
tapi baru darjah satu .
ok la tu kan .
sape tak nampak press ctrl(hold) ngan +.
name beliau allisya bt rozlan .
mr. rozlan ,abah terbaik tu .

24 June 2010

keraguan

exam dah habis .
exam english satu je lagi .
member aku kate english tak dikire exam kot .
ahaha .gila kejam .

alhamdulillah semua dah selesai .
jawab pun dah sehabis baik .
meniru jauh sekali ,apatah lagi aku yang baik muka tulus suci ni .
perbadanan nasional berhad pernah kate,
'jangan meniru nanti berdosa' .

aku ragu nak balik awal bulan ke, tengah bulan ke,
akhir bulan ke, datang bul.. ops!
sori tangan terlampau mencari perkataan yang ada bulan-bulan .
sebab bukan apa, result tak tahu lagi keluar bile .

tapi balik awal bes woo . bole melantak roti canai 6 kg .
makan ikan keli setiap hari tanpa henti .
budu dan nasik 8 hari seminggu .
rindu gila punya .

p/s: nak naik bas ape ye?macam la tiket ada lagi .

19 June 2010

kusut masai

seminggu tanpa bekalan air membuatkan aku dan rakan serumah bagaikan orang gila .
aku normal sikit lah kot .ahaha .
kesialan baba a.k.a tuan rumah menaikkan kemarahan kami .
ada yang cuba marah dalam hati .
kutuk dalam hati .
dan yang paling sadis buat muka tuan rumah target main dart .
peluru dart pulak pakai taik hidung .

solution tidak akan muncul jika seseorang tidak membuat revolusi bersenjata .
guna pistol air pun jadi lah .
headshot je tuan rumah tu .
kalau kena kat head bawah lagi aku puas hati .ahaha !

mukmin pernah memunculkan idea bernas dengan mandi di rumah rakan-rakan terdekat .
jadi kami mengambil keputusan untuk mandi-manda,berak-barak,
dan membasuh pakaian di rumah burn dan eimad .
tapi sekarang dah tak sanggup pergi sebab cuaca dengki .
sekarang panas ibarat berada di dalam oven yang penuh dengan kentut panas .
atau erti kata lain panas membuak-buak .

sekarang kehidupan pun jadi kusut masai .
misai dan masam mula menular .
bukan pada aku tapi rakan2 lain .ahaha .
exam tinggal satu paper lagi .iaitu histology=history .
ini fakta bukan auta .
tak percaya sila baca buku histology pada waktu asar .
asar keesokannya anda akan bangun .

p/s :mane nak cari game fifa 98 ?





13 June 2010

mengapa albert einstein pandai ?


gambar ini tak ade kene mengena dengan controller Nintendo Wii .
aku ambil gambar lipas versi comel sebab kalau yang betol2 punya geli gila .

mengapa albert einstein pandai ?
sebab beliau tertelan lipas .
bukan apa .
teori ni dah terbukti .

pada suatu malam yang hening ,aku dan rakanku afifi merasa lapar tak ingat .
disusuli pula dengan dahaga melampau .
aku decide tuk memasak bali pasta yang mukmin masak untuk petang tadi, ada lebih !
jimat wang .

aku terkenal dengan skil memasak tapa melihat .
aku campak apa yang perlu mengikut kata hati .
oleh kerana bawang tu faveret aku .
sebijik aku letak dalam pasta tu .

bila dah masak ,aku tak pakai pinggan dah .
melantak dalam kuali tu je la sebab dah kebulur sangat .
tengah syok makan ,afifi tanya.
'eh naem ,besarnye bawang. kau tak potong ke ?'
aku buat tak tau je la sebab bila makan aku jadi ala2 tak makan 2 tahun .

aku tengok bawang yang fifi maksudkan tadi .
elok2 je bontot lipas dalam kuali .
kepala entah ke mana .
aku dah makan la tu agaknya .
apa lagi, muntah la bro !

keesokannya, aku rasa perubahan pada diri aku .
aku tak payah cermin mata dah .
body aku makin tough .
aku jadi kuat dan lari laju ,macam lipas .
dan aku jadi pandai ,macam albert einstein .


p/s : aku makan lipas ke albert einstein yang aku makan ?

02 June 2010

trilogi adamaya


cerita adamaya begitu menyentuh peminat drama melayu .
termasuk aku .pokjat yang 'tough' tu pun menangis .
sesiapa nak add fb pokjat klik sini .

tak boleh klik ke ?
ahaha .memang tak boleh pun.
adamaya ini sangat best dan romantik .
layak lah digelar drama terbaik melayu sepanjang zaman ,
ataupun sepanjang kehidupan aku .
manelah tahu zaman2 nasir bilal khan lagi best drama melayu .

adamaya berakhir dengan happy ending .
dani jadi gila .then blablabla .
tapi korang mesti nak tahu jalan cerita adamaya 2 kan ?
jalan cerita adamaya 2 maybe macam ni ,maybe je .

selepas adam dan maya berbaek2 .
mereka hidup bahagia .
tapi ajal itu mesti .
adam meninggal dunia dan meninggalkan maya serta amani .
tetapi kali ini mereka ada sorang lagi anak , bernama izat .

pada suatu hari ,sedang maya bergelumang dalam kesedihan .
dia terserampak dengan seorang lelaki mirip2 dani .
rupanya dani ada kembar ,bernama disni .
bezanya disni ni baik orangnya .
perangainya ibarat adam bekas suami maya .

mereka berkawan ,couple ,then berkahwin .
selepas itu .disni terserempak dengan seorang lelaki yang mirip2 mukanya dengan adam .
rupanya adam mempunyai seorang kembar ,bernama saddam .
tetapi bezanya saddam teramat jahat .jahat ibarat dani .
ibarat dani di dalam badan saddam .

bermula dari situ .maya selalu dikacau dan diajak kahwin oleh saddam .
dan disni hanya sabar .
akhirnya cinta saddam ditolak mentah-mentah oleh maya kerana maya ternampak saddam menyekeh kepala anak lelaki maya, izat.
dan maya hidup bahagia bersama disni .
saddam pula menjadi gila ibarat cintanya ditolak oleh maya .

p/s : nantikan kemunculan adamaya 3 !



seorang pendidik bangsa barangkali