20 January 2011

setelah

setelah lama aku bergelumang dengan rambut ala ala helmet.
akhirnya sampai juga mimpi untuk aku memotong rambut ku ini.
rambut patik menjadi pendek kembali ibarat semasa hang tuah menikam hang jebat dengan taming sarinya.

musim sejuk memang dinasihatkan supaya rakyat jelata semuanya berambut panjang.
bukan nak berlakon sebagai pemuda korea atau apa ni.
tetapi untuk melindungi otak daripada beku a.k.a jammed.

pabila musim panas timbul ,
dinasihatkan pula berambut pendek supaya otak kita menjadi cair dan lebih bergeliga.
aha ini adalah teori professor mana hentah.

berita kedua ,
rumah aku dah seminggu tiada air.
tetapi aku berjaya mengharungi segala rintangan dan cubaan yang diberikan baba.
aku berjaya mandi , buang air besar dan kecil tanpa masalah.
mungkin baba nak test aku ni betul ke anak cicit rambo.

jadi mungkin selepas aku dah bagi laporan ni ,
dia akan percaya.

berita ketiga tournament basketball akan diadakan di tempat aku.
dan yang pentingnya tournament ni adalah dibuat di dalam stadium indoor.
fuh gua cakap lu sebijik macam NBA.

berita terakhir adalah NeverShoutNever akan buat konsert kat jakarta !
ni aku tak puas hati.
apahal la beliau tak buat kat egypt tercinta ni?
demmit kalau aku ada kat rumah di malaysia ,
memang aku kayuh basikal pergi jakarta.
sekian.

14 January 2011

percambahan bakat seterusnya menstabilkan otak.

seseorang pernah berkata di dalam kotak televisyen bahawasanya percambahan bakat itu perlu.
kenapa? kenapa?
untuk menstabilkan kedua dua belah otak.
ya itulah fungsinya percambahan bakat.
aku tahun ni belajar pasal kepala dan otak,dan aku barulah tahu otak ni rupanya ada dua bahagian.
memang ada banyak sebenarnya tapi yang paling major dua bahagian.

pertama, bila kau buat soalan matematik je.
sampai orang panggil kau pun geek matematik.
otak kau hanya aktif di satu bahagian.
ingat tu kawan kawan.
jangan fokus pada satu benda je.
kalau fokus masa 'usha' awek tak apa.
pengetua tak marah.ahaha.

jadi untuk stabilkan otak kau orang.
main semua benda dan libatkan dalam kalau boleh semua perkara yang wujud dalam dunia ni.
tak payah nak kompelen tentang apa orang tu buat. buat apa jaga kain dia.
mungkin dia sedang stabilkan otak dia.
mana kita tahu kan.
ahahahaha.

kalau orang tu gila baben suka main biola.
biar lah sumbang mambang tahap cubaan cerita pendekar bujang lapok.
biar, biarkan.
nanti otak dia stabil, aman dunia ni jugak.
kalau otak dia tak stabil, tak ke menyusahkan jabatan pemuliharaan haiwan?

bagi manusia yang hanya kenal satu benda je dalam hidup dia.
ceburilah bidang lain.
contohnya kalau peguam pergi la cuba main guli ,
doktor pula cuba main lastik burung .
buat apa nak malu.
otak kau sendiri yang stabil nanti.

jadi sampai di sini sahaja laporan rasmi dari saya.
mohd khair naim yang mungkin otak dia stabil.
ahaha.

11 January 2011

this is 18 sx joke.

baby baby baby ohhh!

father : walks in* hey did you watch justin bieber?

son : no i'm watching porn.

father : oh thank god.

ahahaha.lawak nak mampus ni aku dapat dari komen komen youtube.

08 January 2011

facebook dan blog

dua perkara yang sangat berbeza ya kawan kawan.
tapi dua dua aku prefer.
sebab bukan apa.
aku tak pernah update status dalam profile facebook aku.
kira 'dara' lagi la.
ahahah.
sebab semua yang aku nak update aku tulis dalam blog.

bukan apa.
apa yang aku nak tulis bukannye secoet dua coet.
banyak.
sebab tu lebih bagus aku tulis dalam blog.
lagipun dalam ni pun boleh masukkan gambar.
twitter gua tak tau.
bila aku log in twitter,
dia kata aku kena retweet.
sebab ramai sangat tengah tweet.
aku pun surrender dan berpegang teguh kepada facebook dan blogger sahaja.
sekian coretan hati seorang remaja yang masih tak study ahaha.



04 January 2011

hidup susah, mati takut

ini adalah 'quote' untuk hari ini.
jangan silap faham.
ini adalah peringatan bagi diri sendiri dan juga kepada teman teman.
kerana ada benarnya juga aku mewujudkan kata kata pujangga ini.
maksudnya aku adalah pujangga alaf baru aha.
panggil aku M.K Naim mulai sekarang.

cerita ini tiada kena mengena dengan yang hidup atau pun yang pengsan.
tetapi ada kena mengena dengan manusia yang mempunyai akal.
jadi ambil iktibar.

pada suatu hari yang dirasakan tenang baginya.
rosnah keluar rumah dengan yakin.
yakin di sini maksudnya make-up lawa2.
lawa2 ke tebal2?
pakai baju menggoda punya.
tutup aurat tapi ketat.
dengan harapan apa?

tiada harapan pun.
tapi kalaulah tiba tiba ada lelaki jatuh cinta padanya?
apa dia nak buat?
tak apa tak payah fikir susah susah.
aku bagi soalan objektif je bukan subjektif.
lagipun tak carry mark pun soalan aku.

A) Dia layan je laki tu sampai kantoi yang dia memang playgirl.

B) Dia tolak laki tu.pasti bagi ludah sikit.

C) Dia terus tampor laki tu.*yang ni macam drama sikit.babak tampar menampar.

D) Dia tak buat apa apa.*bajet buta.bahahah

soalan ni sila jawab kepada sesiapa yang nak jawab.
laki pun boleh jawab.tapi korang kena bayangkan diri korang perempuan.
jawab ye.
lepas jawab nanti korang akan rasa 'quote' itu sangat tepat.

seorang pendidik bangsa barangkali