14 January 2011

percambahan bakat seterusnya menstabilkan otak.

seseorang pernah berkata di dalam kotak televisyen bahawasanya percambahan bakat itu perlu.
kenapa? kenapa?
untuk menstabilkan kedua dua belah otak.
ya itulah fungsinya percambahan bakat.
aku tahun ni belajar pasal kepala dan otak,dan aku barulah tahu otak ni rupanya ada dua bahagian.
memang ada banyak sebenarnya tapi yang paling major dua bahagian.

pertama, bila kau buat soalan matematik je.
sampai orang panggil kau pun geek matematik.
otak kau hanya aktif di satu bahagian.
ingat tu kawan kawan.
jangan fokus pada satu benda je.
kalau fokus masa 'usha' awek tak apa.
pengetua tak marah.ahaha.

jadi untuk stabilkan otak kau orang.
main semua benda dan libatkan dalam kalau boleh semua perkara yang wujud dalam dunia ni.
tak payah nak kompelen tentang apa orang tu buat. buat apa jaga kain dia.
mungkin dia sedang stabilkan otak dia.
mana kita tahu kan.
ahahahaha.

kalau orang tu gila baben suka main biola.
biar lah sumbang mambang tahap cubaan cerita pendekar bujang lapok.
biar, biarkan.
nanti otak dia stabil, aman dunia ni jugak.
kalau otak dia tak stabil, tak ke menyusahkan jabatan pemuliharaan haiwan?

bagi manusia yang hanya kenal satu benda je dalam hidup dia.
ceburilah bidang lain.
contohnya kalau peguam pergi la cuba main guli ,
doktor pula cuba main lastik burung .
buat apa nak malu.
otak kau sendiri yang stabil nanti.

jadi sampai di sini sahaja laporan rasmi dari saya.
mohd khair naim yang mungkin otak dia stabil.
ahaha.

No comments:

Post a Comment

seorang pendidik bangsa barangkali