20 January 2011

setelah

setelah lama aku bergelumang dengan rambut ala ala helmet.
akhirnya sampai juga mimpi untuk aku memotong rambut ku ini.
rambut patik menjadi pendek kembali ibarat semasa hang tuah menikam hang jebat dengan taming sarinya.

musim sejuk memang dinasihatkan supaya rakyat jelata semuanya berambut panjang.
bukan nak berlakon sebagai pemuda korea atau apa ni.
tetapi untuk melindungi otak daripada beku a.k.a jammed.

pabila musim panas timbul ,
dinasihatkan pula berambut pendek supaya otak kita menjadi cair dan lebih bergeliga.
aha ini adalah teori professor mana hentah.

berita kedua ,
rumah aku dah seminggu tiada air.
tetapi aku berjaya mengharungi segala rintangan dan cubaan yang diberikan baba.
aku berjaya mandi , buang air besar dan kecil tanpa masalah.
mungkin baba nak test aku ni betul ke anak cicit rambo.

jadi mungkin selepas aku dah bagi laporan ni ,
dia akan percaya.

berita ketiga tournament basketball akan diadakan di tempat aku.
dan yang pentingnya tournament ni adalah dibuat di dalam stadium indoor.
fuh gua cakap lu sebijik macam NBA.

berita terakhir adalah NeverShoutNever akan buat konsert kat jakarta !
ni aku tak puas hati.
apahal la beliau tak buat kat egypt tercinta ni?
demmit kalau aku ada kat rumah di malaysia ,
memang aku kayuh basikal pergi jakarta.
sekian.

No comments:

Post a Comment

seorang pendidik bangsa barangkali