04 June 2011

ini adalah status yang sepatutnya aku update 2 tahun lepas.tapi aku kemam lama lama.sebab nak tulis dalam blog.

salam alaik.
di keheningan pagi buta dan pekak ini, pukul 2 pagi.
kesejukan sehingga ke tulang dirasai.
aku mengerti kesejukan ini lalu aku buat air milo panas.
aku lumurkan ke badan aku.sebab badanku yang panas bukannya perutku yang lapar milo panas di tengah-tengah pagi ini.ahahaha.

lalu aku menge'leptop' laptopku.
aku buka facebook.tiada lagi notifikasi seperti dulu.
erm, dah tak 'hot' dah aku macam dulu.
kalau dulu ada la jugak friend request yang melambak tak ingat.
tapi semuanya aku tak kenal.
ada ke patut orang nama macam aku(khair naim), add aku?
agak 'gay' disitu.
tafsirkan gay sebagai happy ok ahah.

status ni agak boring sebab aku tak nak letak gambar.
ni aku nak tulis lama dah. tapi aku kemam bagi keluar alcohol sikit.ehehe.
tapi status aku ini halal.jadi lah 'blog alcohol halal'.ehe
sepanjang aku di kuala krai, 'cuti sem' la katakan.
memang panas.tak paham betul aku.
padahal aku tiap tiap hari menyanyi sumbang sumbang.
aku pun dah mula gelap sekarang.
ada ke patut orang kata aku make up untuk teater Orang Minyak -_-'

berada kat sini aku boleh tengok maharaja lawak, AF, Mentor, Imam muda, Showdown.
macam macam.sampaikan aku full schedule biarpun hanya lepak kat rumah.
petang petang aku bersukan beb.
main bola telanjang. silap keranjang.
sampaikan benjol benjol kepala aku.terseliuh bahu aku dek kerana 'dunk' kat ring under 12.
ahaha.ni bukan riak ye kengkawan.ni aku nak buat kelakar actually.
jadi sebab beberapa orang yang tak paham.tetiba aku rasa diriku ibarat amir rajalawak -,-'

berada kat rumah, sebab kepanasan melampau, aku selalu minum air sarsi penuh airbatu.
memang tak sihat.aku tahu biarpun aku bukan doktor sebab benda ni ada tulis dalam wikipedia.aha
ramai kawan kawan aku yang dah bercuti sem sekarang.tapi tiada langsung effort dari aku 
nak ajak dorang keluar lepak.sorila ye geng, tak ada trensepot la.duit pun tak ada.
dan ramai jugak yang tengah final exam di universiti zagazig.
yang tengah exam aku wish good luck dan semoga berjaya.
aku tunggu korang balik bercuti.

anyway lepas ni insyaallah aku akan selalu update blog aku.
tendon jari aku koyak dah ni macam dirk notwizki sebab menulis panjang sangat.




seorang pendidik bangsa barangkali