31 July 2011

drama musikal memang klasikal !


bukanlah hendak ku keluh.
tapi sesungguhnya tidak ku pinta nak jadi hensem sebegini.
bukan itu yang aku nak bagitahu aahahaha.
actually, (cakap bahasa inggeris semenjak tukar course ni) aku nak bagitau tentang musikal drama.

gila benda ni memang susah hendak dibuat even pengarah yang amat berpengalaman
seperti Yusuff Taiyob pun masih terkial kial nak mengarah sebuah produksi
berpaksikan drama musikal.
ahaha sungguh puitis penulisan aku.


jadi bila aku di 'appointed' menjadi pengarah, aku telah menetapkan mindset aku untuk tidak expect tinggi.
kerana aku yakin bahawa drama musikal ni memang susah hendak dijayakan.
tapi keyakinan ku bertambah bila ahli ahli produksi ku semuanya hebat hebat belaka.
yeahhhh!!

esainmen semakin hari semakin banyak.
hanya disini aku boleh luangkan segala permasalahan aku.
sebab girlfriend aku tak de.
bini apatah lagi, maybe sem 8 ni aku kawen ehehehe.
sabar ye rakan rakan nanti aku jemput.

bulan ramadhan akan menjelang.
bukan menjelang sangat pun, padahal harini aku dah melakukan ibadat solat sunat terawih.
maksudnya sedang berlaku ramadhan sekarang.
itu barulah ayat yang betul.
nak bersahur tiada makanan,
nak berkenyang kenyangan tiada duit nak beli makanan.


ada masa seorang lelaki akan berpatah hati, tapi tidak bermakna dia akan tersungkur lagi.
segala galanya menambah pengalaman dan memberi pengertian yang amat bermakna 
dalam hidupnya.
cerita, cinta, kekayaan, semuanya tidak berguna.
pabila ilmu tidak di aplikasikan.
pabila kasih Illahi tidak dimanfaatkan.
sesungguhnya segala galanya 
memberi peluang kepada hikmah untuk muncul.
cuma kita sebagai lelaki biasa jarang untuk menyedarinya.

p/s: aku kepilkan gambar di lata belatan. sebab blog aku ni boring.tiada gambar langsung!

20 July 2011

drama punya cerita, basketball punya cerita.

as salam.
nama aku khair naim.
mohd rozlan bapaku.
manakala aku tinggal di kuala krai.
heh, buat apa nak malu duduk dekat kuala krai ?
at least di sini ada line internet la wehhhh.

tarikh present drama musical song in motion dah dekat dah ni.
aku semakin cuak.
takut main gitar salah.
house production kitorang sahaja yang buat acoustic live.
takut tak menjadi.
tapi malam semalam semua scene dah dapat 100%.
cuma sekarang tiba masa untuk mashup semua lagu medley dengan teliti.
dan juga kira timeline dengan tepat, lakonan bersama lagu.
dan menambah latar masuk dan latar keluar.

liga bola keranjang juga dah hampir ke penghujungnya.
bangganya aku sebagai salah seorang ahli PC Python.
biarpun kami di standing ke 3.
kerana ini la team paling kemas daripada segi defensenya.
aku masih di tahap budak darjah 2 apabila bercakap pasal offense.
aku pasti berusaha lagi !

pagi tadi kelas dr ting sungguh mendebarkan.
kau bayangkan, kelas yang sepatutnya pukul 11 di anjak ke pukul 8.45.
aku yang bangun tidur pada pukul 8.45 kelam kabut dibuatnya.
choiiiihhh.

harini refleksi daripada dr naim mengatakan,
kita kalau hidup janganlah menyusahkan orang.
senangkan orang sekililing kita.
hidup ni macam roda,
bayangkan orang yang kita susahkan kita tu tiba tiba menjadi bos kita.
tak segan ke weeh?
sumpah malu dong.

satu lagi, tegur tegur la orang di sekililing.
bila berjauhan daripada keluarga, orang sekililing la yang boleh diminta pertolongan.
tak kan la ada masalah kecil pun nak pulang kan.
itulah gunanya orang yang kita tegur tadi.
dapat memberi manfaat kan ?

sesungguhnya allah menciptakan kehidupan ni ibarat roda.
kadang kala di atas.
kadang kala di bawah.
tapi ingat jangan sesekali brek roda kehidupan kita tu.

ni aku kepilkan gambar kekalahan vipers 2007 kepada ravens.
kenangan terindah.masa ni aku masih tidak cukup kalsium ahaha.



semua muka juvana je kan?
ahaha.

15 July 2011

tournament

salam semuanya.
apa kabar?
aku di sini sihat sihat sahaja.
ye la kan, makan cukup tidur pun cukup.
elaun je belum masuk masuk.
sabar je la -_-'

harini bersamaan 16.7.2011.
game 2nd day for python akan bermula.
but still, performance first game aku masih di tahap cibai.
macam budak budak baru belajar main.
pegang bola pun sekali dua sahaja.
aku yakin dan pasti akan meningkatkan keupayaan diriku lagi!

yang kelakarnya, jersi aku besar.
tak kan la nak pergi kecikkan kan kedai repair seluar?
buat boot cut ataupun cikang rempit.
ehehe sumpah memang tak sesuai la kan buat baju macam tu.

esainmen sekarang semakin bertambah.
ada yang senang dan ada pula yang susah.
aku ni pemalas orangnya.
cuma bila bab tiada kelas ataupun bab tidur ni aku nombor satu yang akan tahu.
dan yang akan buat.

sekarang sekolah faris pula mahu biodata diri.
apa mahu buat?
tahi kambing bulat bulat!
ahahaha.

07 July 2011

syukur ya Allah

macam mana kalau kau orang semua minta masuk kerja.
dapat interview bersama adik kandung sendiri.
dan keputusan,kau seorang sahaja yang dapat kerja tersebut.
adik kau mendapat surat penolakan.4 surat penolakan!gurau je.
sure la kau orang akan rasa terkilan.
tak puasa hati.
rasa nak sepak sepak jinjang siam je interviewer tersebut.
dan lain dan tidak bukan,
kau orang akan rasa sedih jauh di dalam lubuk hati yang murni lagi tulus itu.

begitulah yang aku alami.
adik perempuanku tidak mendapat panggilan pertama IPG.
tapi berkat doa ibu bapa ku.
dan juga tawakal kepada Illahi yang tak putus putus.
dia menjadi calon gantian ataupun 2nd intake bagi opsyen muzik di institut pendidikan guru ilmu khas.
padahal aku meminta opsyen muzik bagi permohonan utama.
dan ditawarkan pilihan kedua iaitu TESL.
manakala adikku meminta opsyen TESL sebagai pilihan utama.
dan ditawarkan muzik yang mana adalah pilihan kedua.

dunia, inilah dunia rakan rakan.
unpredictable.
aiseh cakap BI pula.
janganlah benci saya.
aku still melayu tegar.
aku still ada kemelayuan dalam diri.
tidak pernah terfikir ingin berbinikan minah salleh.
apa yang aku mahu hanyalah melayu tulen seperti Tun Teja.
terasa ibarat seperti Hang tuah pula diriku ini.

di kesempatan ini,
drama musikal BI kami perlu buat drama bersama musik.
jadi dapatlah aku berkecimpung kembali dalam arena seni tanah air.
sudah lama rasanya The Barbers hilang sengat.
Syakir Hussein pula semestinya mempunyai tujuan lain dalam bidang seninya.
mungkin The Barbers akan menjadi The Barber sahaja.ataupun aku perlu buat side projek bersama ebiet g?
ahaha tinggi sungguh angan anganku.ibarat langit ketujuh.
biarlah, mungkin bergerak solo adalah takdirku.
lagipun Syakir meminati grunge manakala aku meminati bidang puisi dan jazz.
berlainan benar cabang musik kami.
tapi musik lah perkara paling universal di dalam dunia ini.
even aku meminati musik afrika selatan!
pelik bukan.

dalam minggu hadapan semua esainmen mesti dihabiskan.
dihabiskan secepat mungkin supaya diriku dapat fokus dalam permainan bola keranjang.
ada kejohanan yang mesti dihadiri.
aku bukannya pandai sangat bermain bola keranjang ini.
cuma minat sahaja lebih.
tapi lebih baik bermain daripada membaca komik slam dunk sahaja.

aku dah buat satu poem dalam BI.
tidaklah perfect.
tidaklah cacat pula.
hanya nukilan tulus daripada hati.
choiiiiih!
berpuisi gila.

tapi yang tu nanti la aku post.
kalau post sekarang habis dicopy orang.
sebab aku tak daftar lagi benda tu di bawah arkib negara malaysia.
ahahaha.


05 July 2011

dari mata seorang pelajar

baiklah aku nak membebel ni.
dah lama tak update status.
rasa diri ini tiada cerita yang nak ditulis pula.
ramai kawan kawan kata aku ni boring.
sebab tak pernah update status.
ahaha bukan apa, aku nak sangat update status.
tapi yang aku ada hanyalah seketul laptop dan tiada wifi ataupun internet.

pada masa depan.
nak pergi kelas tak payah jalan jauh jauh sudah.
kerana laman social network banyak.
video conference pun banyak.
lecturer dan pelajar hanya perlu online sahaja.
tapi,itu masa depan.
masa sekarang,video conference dan social network digunakan untuk ehem ehem.

ehem ehem = mafia wars,farmville etc.

ahaha otak kuning je bila keluar ayat ehem ehem.
berada di malaysia ni ternyata berbeza dengan perantauan nun jauh di sana.
ramai yang menyatakan kerugian umur diriku.
aku jawab.tak apa la.tak ada rezeki kat sana.
aku percaya rezeki Allah ada di mana mana.
mana lah tahu kan duk kat malaysia ni dapat cari calon isteri mithali!
ehehe kene start kumpul duit ni :)

bukan la aku gatal.
cuma umur 20 an ni kita perlu merancang masa depan dan keluarga sudah bha.
aku pernah belajar muay thai bersama rakan ku dahulu.
tapi belajar tak habis sebab penuh gelak ketawa.
ahaha aku tak pergi kelas muay thai pun lagi.
dah surrender.
kau bayang kalau aku pergi kelas tersebut.
mau kene terajang dengan sifu.
mukmin ajar aku moves gajah.

1.tumbukan gajah
2.gading gajah.
3.belalai gajah.

wth,memang kelakar habis ahahaha.
move last memang 18sx wooo.
tak berani aku nak replay tunjukkan kat korang korang ni semua.

bila kat kelantan ni.atau lebih spesifik lagi.16109 kota bharu.
aku boleh fulfill masa aku dengan sukan kegemaran.
bola keran jang hobin jang.
ahaha maafkan saya ada iklan sebentar.
tiap tiap petang yao din ambil aku.pergi ke court sekolah.
membelasah kanak kanak tak berapa comel dengan harapan memberi pengajaran berguna buat mereka.
lagipun tournament sudah dekat.

borang perjanjian tak siap siap lagi.
dah lama aku buat benda ni.
tapi leceh sedikit.
sehingga kan aku fotostat helaian borang sebenar tersebut dan training tulis atas tu dahulu.
tak nak bagi ada mistake la katekan.

aku tak de la suka sangat berpakaian ala ala korporat ni.
contohnya berkemeja dan bersut lengkap.
tapi sekarang kena adapt sudah.
sebab mana ada sir pergi mengajar di sekolah pakai singlet kan?
kalau aku buat kat sekolah nanti mesti jadi legend doh.

rambut panjang pun dah tak boleh dipraktikkan lagi.
terlalu nampak 'kesampahan masyarakat' tu.
adui aku baru nak bajet jadi go mi nam.
rupanya tak berapa praktikal.
tapi dream aku tetap nak mengajar di sekolah dengan rambut kim hyun joong.
ahaha itu cuma dream aku je, tak capai pun tak apa :p

aku rasa entri membosankan aku sampai di sini sahaja.
tak ada peristiwa gempar dan hot dan sexy lagi yang nak dikhabarkan.
tapi insyaallah la lepas ni aku akan update blog setiap hari.
err.setiap minggu.aku asyik typo je hari dengan minggu tu.

baiklah babai dan as salam!

seorang pendidik bangsa barangkali