Skip to main content

dari mata seorang pelajar

baiklah aku nak membebel ni.
dah lama tak update status.
rasa diri ini tiada cerita yang nak ditulis pula.
ramai kawan kawan kata aku ni boring.
sebab tak pernah update status.
ahaha bukan apa, aku nak sangat update status.
tapi yang aku ada hanyalah seketul laptop dan tiada wifi ataupun internet.

pada masa depan.
nak pergi kelas tak payah jalan jauh jauh sudah.
kerana laman social network banyak.
video conference pun banyak.
lecturer dan pelajar hanya perlu online sahaja.
tapi,itu masa depan.
masa sekarang,video conference dan social network digunakan untuk ehem ehem.

ehem ehem = mafia wars,farmville etc.

ahaha otak kuning je bila keluar ayat ehem ehem.
berada di malaysia ni ternyata berbeza dengan perantauan nun jauh di sana.
ramai yang menyatakan kerugian umur diriku.
aku jawab.tak apa la.tak ada rezeki kat sana.
aku percaya rezeki Allah ada di mana mana.
mana lah tahu kan duk kat malaysia ni dapat cari calon isteri mithali!
ehehe kene start kumpul duit ni :)

bukan la aku gatal.
cuma umur 20 an ni kita perlu merancang masa depan dan keluarga sudah bha.
aku pernah belajar muay thai bersama rakan ku dahulu.
tapi belajar tak habis sebab penuh gelak ketawa.
ahaha aku tak pergi kelas muay thai pun lagi.
dah surrender.
kau bayang kalau aku pergi kelas tersebut.
mau kene terajang dengan sifu.
mukmin ajar aku moves gajah.

1.tumbukan gajah
2.gading gajah.
3.belalai gajah.

wth,memang kelakar habis ahahaha.
move last memang 18sx wooo.
tak berani aku nak replay tunjukkan kat korang korang ni semua.

bila kat kelantan ni.atau lebih spesifik lagi.16109 kota bharu.
aku boleh fulfill masa aku dengan sukan kegemaran.
bola keran jang hobin jang.
ahaha maafkan saya ada iklan sebentar.
tiap tiap petang yao din ambil aku.pergi ke court sekolah.
membelasah kanak kanak tak berapa comel dengan harapan memberi pengajaran berguna buat mereka.
lagipun tournament sudah dekat.

borang perjanjian tak siap siap lagi.
dah lama aku buat benda ni.
tapi leceh sedikit.
sehingga kan aku fotostat helaian borang sebenar tersebut dan training tulis atas tu dahulu.
tak nak bagi ada mistake la katekan.

aku tak de la suka sangat berpakaian ala ala korporat ni.
contohnya berkemeja dan bersut lengkap.
tapi sekarang kena adapt sudah.
sebab mana ada sir pergi mengajar di sekolah pakai singlet kan?
kalau aku buat kat sekolah nanti mesti jadi legend doh.

rambut panjang pun dah tak boleh dipraktikkan lagi.
terlalu nampak 'kesampahan masyarakat' tu.
adui aku baru nak bajet jadi go mi nam.
rupanya tak berapa praktikal.
tapi dream aku tetap nak mengajar di sekolah dengan rambut kim hyun joong.
ahaha itu cuma dream aku je, tak capai pun tak apa :p

aku rasa entri membosankan aku sampai di sini sahaja.
tak ada peristiwa gempar dan hot dan sexy lagi yang nak dikhabarkan.
tapi insyaallah la lepas ni aku akan update blog setiap hari.
err.setiap minggu.aku asyik typo je hari dengan minggu tu.

baiklah babai dan as salam!

Comments

  1. kai99999999999.........!!!!! akhirnye,, kuang4!!

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

apa itu mergastua

diungkit cerita lama tiada gunanya. lebih baik menjadi simpanan memori hingga ke tua, dibiarkan rahsia. tersemat di hati nanti membusuk. biarlah, berpijak pada realiti dan waktu kini itu lebih bagus.
aku ini lembut sungguh malahan rapuh orangnya. dilihat mata kasar memanglah tegap *koya. tetapi hati ini kondisinya siapa yang tahu, hanya Allah yang tahu. hancurnya sedikit kawasan hati luka dalam itu terpahat selamanya. ingatlah.
aku kini di awangan. dicintai dan mencintai. apa yang diidamkan aku capai akhirnya. ini bukannya pengakhiran yang bahagia lagi,  malahan baru secebis permulaan, yang sempurna. lamanya sebelum ia menjadi yang halal persis bidadari duniawi ku.
musuh jangan dicari. cerita lama jangan diulang kembali. malahan hati itu janganlah dilukai. kerana lebih baik kita mencintai.

Couple Day (11.11)

Suatu revolusi jual beli yang dicetuskan oleh Jack Ma, orang besar Alibaba Express (tak pernah tayang kereta, tayang duit dalam insta mahupun fb).Kini fenomena beli belah 11.11 dah masuk dalam Malaysia sekalipun dalam Lazada mahupun mana mana website beli belah Malaysia.Hal ini kerana, dulu masa kecik, aku tertanya tanya la apakebenda la Boxing Day atau Black Friday ni tapi jawapan yang gua dapat hanyalah, ni semua hari istimewa agama lain, tak boleh tahu. Pulak dah.Rupanya itu adalah hari di mana segala barang mahal diberi diskaun (munasabah, bukan munasarawak).Jadi, apa apa hal, nak libatkan diri dalam pembelian online, kena buat study dulu, jangan main bedal je. Karang beli barang 10.11 harga rm100 masuk 11.11 jadi rm50. Tak ke meroyan sepanjang tahun duk pikir diskaun yang sepatutnya kau dapat tu?Happy 11.11.

Perjalanan yang jauh terasa dekat dengan perkongsian driver

Bagaimana caranya untuk memandu ke Kuala Lumpur tanpa rasa letih dan sakit hati sebab anda sorang je kena drive? Kongsi pemanduan anda dan bahagiakn ia mengikut tiga bahagian. Selepas setahun memandu berseorangan ke Johor Bahru daripada Kelantan, tiada lagi perjalanan di atas jalan yang terasa selama menuju ke sana. Tips nya adalah:1. Jangan rushing semasa nak menuju ke sesuatu tempat2. Selalu sediakan air dan makanan ringan untuk 'pilot'3. Sentiasa sediakan lawak lawak yang kurang lawak dan sentiasa sediakan isu untuk dibincangkan bersama4. Sediakan sesuatu untuk dipakai ketika sejuk contohnya selimut dan sweater yang dipakai ke Gunung Everest5. Gilir pemandu bila tiba di bahagian seterusnya7. Jangan mengelat. Berlakon mengantok dan seangkatan dengannya