Skip to main content

drama punya cerita, basketball punya cerita.

as salam.
nama aku khair naim.
mohd rozlan bapaku.
manakala aku tinggal di kuala krai.
heh, buat apa nak malu duduk dekat kuala krai ?
at least di sini ada line internet la wehhhh.

tarikh present drama musical song in motion dah dekat dah ni.
aku semakin cuak.
takut main gitar salah.
house production kitorang sahaja yang buat acoustic live.
takut tak menjadi.
tapi malam semalam semua scene dah dapat 100%.
cuma sekarang tiba masa untuk mashup semua lagu medley dengan teliti.
dan juga kira timeline dengan tepat, lakonan bersama lagu.
dan menambah latar masuk dan latar keluar.

liga bola keranjang juga dah hampir ke penghujungnya.
bangganya aku sebagai salah seorang ahli PC Python.
biarpun kami di standing ke 3.
kerana ini la team paling kemas daripada segi defensenya.
aku masih di tahap budak darjah 2 apabila bercakap pasal offense.
aku pasti berusaha lagi !

pagi tadi kelas dr ting sungguh mendebarkan.
kau bayangkan, kelas yang sepatutnya pukul 11 di anjak ke pukul 8.45.
aku yang bangun tidur pada pukul 8.45 kelam kabut dibuatnya.
choiiiihhh.

harini refleksi daripada dr naim mengatakan,
kita kalau hidup janganlah menyusahkan orang.
senangkan orang sekililing kita.
hidup ni macam roda,
bayangkan orang yang kita susahkan kita tu tiba tiba menjadi bos kita.
tak segan ke weeh?
sumpah malu dong.

satu lagi, tegur tegur la orang di sekililing.
bila berjauhan daripada keluarga, orang sekililing la yang boleh diminta pertolongan.
tak kan la ada masalah kecil pun nak pulang kan.
itulah gunanya orang yang kita tegur tadi.
dapat memberi manfaat kan ?

sesungguhnya allah menciptakan kehidupan ni ibarat roda.
kadang kala di atas.
kadang kala di bawah.
tapi ingat jangan sesekali brek roda kehidupan kita tu.

ni aku kepilkan gambar kekalahan vipers 2007 kepada ravens.
kenangan terindah.masa ni aku masih tidak cukup kalsium ahaha.



semua muka juvana je kan?
ahaha.

Comments

Popular posts from this blog

apa itu mergastua

diungkit cerita lama tiada gunanya. lebih baik menjadi simpanan memori hingga ke tua, dibiarkan rahsia. tersemat di hati nanti membusuk. biarlah, berpijak pada realiti dan waktu kini itu lebih bagus.
aku ini lembut sungguh malahan rapuh orangnya. dilihat mata kasar memanglah tegap *koya. tetapi hati ini kondisinya siapa yang tahu, hanya Allah yang tahu. hancurnya sedikit kawasan hati luka dalam itu terpahat selamanya. ingatlah.
aku kini di awangan. dicintai dan mencintai. apa yang diidamkan aku capai akhirnya. ini bukannya pengakhiran yang bahagia lagi,  malahan baru secebis permulaan, yang sempurna. lamanya sebelum ia menjadi yang halal persis bidadari duniawi ku.
musuh jangan dicari. cerita lama jangan diulang kembali. malahan hati itu janganlah dilukai. kerana lebih baik kita mencintai.

Couple Day (11.11)

Suatu revolusi jual beli yang dicetuskan oleh Jack Ma, orang besar Alibaba Express (tak pernah tayang kereta, tayang duit dalam insta mahupun fb).Kini fenomena beli belah 11.11 dah masuk dalam Malaysia sekalipun dalam Lazada mahupun mana mana website beli belah Malaysia.Hal ini kerana, dulu masa kecik, aku tertanya tanya la apakebenda la Boxing Day atau Black Friday ni tapi jawapan yang gua dapat hanyalah, ni semua hari istimewa agama lain, tak boleh tahu. Pulak dah.Rupanya itu adalah hari di mana segala barang mahal diberi diskaun (munasabah, bukan munasarawak).Jadi, apa apa hal, nak libatkan diri dalam pembelian online, kena buat study dulu, jangan main bedal je. Karang beli barang 10.11 harga rm100 masuk 11.11 jadi rm50. Tak ke meroyan sepanjang tahun duk pikir diskaun yang sepatutnya kau dapat tu?Happy 11.11.

Perjalanan yang jauh terasa dekat dengan perkongsian driver

Bagaimana caranya untuk memandu ke Kuala Lumpur tanpa rasa letih dan sakit hati sebab anda sorang je kena drive? Kongsi pemanduan anda dan bahagiakn ia mengikut tiga bahagian. Selepas setahun memandu berseorangan ke Johor Bahru daripada Kelantan, tiada lagi perjalanan di atas jalan yang terasa selama menuju ke sana. Tips nya adalah:1. Jangan rushing semasa nak menuju ke sesuatu tempat2. Selalu sediakan air dan makanan ringan untuk 'pilot'3. Sentiasa sediakan lawak lawak yang kurang lawak dan sentiasa sediakan isu untuk dibincangkan bersama4. Sediakan sesuatu untuk dipakai ketika sejuk contohnya selimut dan sweater yang dipakai ke Gunung Everest5. Gilir pemandu bila tiba di bahagian seterusnya7. Jangan mengelat. Berlakon mengantok dan seangkatan dengannya