Skip to main content

syukur ya Allah

macam mana kalau kau orang semua minta masuk kerja.
dapat interview bersama adik kandung sendiri.
dan keputusan,kau seorang sahaja yang dapat kerja tersebut.
adik kau mendapat surat penolakan.4 surat penolakan!gurau je.
sure la kau orang akan rasa terkilan.
tak puasa hati.
rasa nak sepak sepak jinjang siam je interviewer tersebut.
dan lain dan tidak bukan,
kau orang akan rasa sedih jauh di dalam lubuk hati yang murni lagi tulus itu.

begitulah yang aku alami.
adik perempuanku tidak mendapat panggilan pertama IPG.
tapi berkat doa ibu bapa ku.
dan juga tawakal kepada Illahi yang tak putus putus.
dia menjadi calon gantian ataupun 2nd intake bagi opsyen muzik di institut pendidikan guru ilmu khas.
padahal aku meminta opsyen muzik bagi permohonan utama.
dan ditawarkan pilihan kedua iaitu TESL.
manakala adikku meminta opsyen TESL sebagai pilihan utama.
dan ditawarkan muzik yang mana adalah pilihan kedua.

dunia, inilah dunia rakan rakan.
unpredictable.
aiseh cakap BI pula.
janganlah benci saya.
aku still melayu tegar.
aku still ada kemelayuan dalam diri.
tidak pernah terfikir ingin berbinikan minah salleh.
apa yang aku mahu hanyalah melayu tulen seperti Tun Teja.
terasa ibarat seperti Hang tuah pula diriku ini.

di kesempatan ini,
drama musikal BI kami perlu buat drama bersama musik.
jadi dapatlah aku berkecimpung kembali dalam arena seni tanah air.
sudah lama rasanya The Barbers hilang sengat.
Syakir Hussein pula semestinya mempunyai tujuan lain dalam bidang seninya.
mungkin The Barbers akan menjadi The Barber sahaja.ataupun aku perlu buat side projek bersama ebiet g?
ahaha tinggi sungguh angan anganku.ibarat langit ketujuh.
biarlah, mungkin bergerak solo adalah takdirku.
lagipun Syakir meminati grunge manakala aku meminati bidang puisi dan jazz.
berlainan benar cabang musik kami.
tapi musik lah perkara paling universal di dalam dunia ini.
even aku meminati musik afrika selatan!
pelik bukan.

dalam minggu hadapan semua esainmen mesti dihabiskan.
dihabiskan secepat mungkin supaya diriku dapat fokus dalam permainan bola keranjang.
ada kejohanan yang mesti dihadiri.
aku bukannya pandai sangat bermain bola keranjang ini.
cuma minat sahaja lebih.
tapi lebih baik bermain daripada membaca komik slam dunk sahaja.

aku dah buat satu poem dalam BI.
tidaklah perfect.
tidaklah cacat pula.
hanya nukilan tulus daripada hati.
choiiiiih!
berpuisi gila.

tapi yang tu nanti la aku post.
kalau post sekarang habis dicopy orang.
sebab aku tak daftar lagi benda tu di bawah arkib negara malaysia.
ahahaha.


Comments

  1. bagus naim. rupanya anda seorang shakespeare yg belum di temui lagi bakatnya. saya berharap anda mampu meneruskan karya anda dgn lebih hebat, heheh

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

apa itu mergastua

diungkit cerita lama tiada gunanya. lebih baik menjadi simpanan memori hingga ke tua, dibiarkan rahsia. tersemat di hati nanti membusuk. biarlah, berpijak pada realiti dan waktu kini itu lebih bagus.
aku ini lembut sungguh malahan rapuh orangnya. dilihat mata kasar memanglah tegap *koya. tetapi hati ini kondisinya siapa yang tahu, hanya Allah yang tahu. hancurnya sedikit kawasan hati luka dalam itu terpahat selamanya. ingatlah.
aku kini di awangan. dicintai dan mencintai. apa yang diidamkan aku capai akhirnya. ini bukannya pengakhiran yang bahagia lagi,  malahan baru secebis permulaan, yang sempurna. lamanya sebelum ia menjadi yang halal persis bidadari duniawi ku.
musuh jangan dicari. cerita lama jangan diulang kembali. malahan hati itu janganlah dilukai. kerana lebih baik kita mencintai.

Perjalanan yang jauh terasa dekat dengan perkongsian driver

Bagaimana caranya untuk memandu ke Kuala Lumpur tanpa rasa letih dan sakit hati sebab anda sorang je kena drive? Kongsi pemanduan anda dan bahagiakn ia mengikut tiga bahagian. Selepas setahun memandu berseorangan ke Johor Bahru daripada Kelantan, tiada lagi perjalanan di atas jalan yang terasa selama menuju ke sana. Tips nya adalah:1. Jangan rushing semasa nak menuju ke sesuatu tempat2. Selalu sediakan air dan makanan ringan untuk 'pilot'3. Sentiasa sediakan lawak lawak yang kurang lawak dan sentiasa sediakan isu untuk dibincangkan bersama4. Sediakan sesuatu untuk dipakai ketika sejuk contohnya selimut dan sweater yang dipakai ke Gunung Everest5. Gilir pemandu bila tiba di bahagian seterusnya7. Jangan mengelat. Berlakon mengantok dan seangkatan dengannya

Couple Day (11.11)

Suatu revolusi jual beli yang dicetuskan oleh Jack Ma, orang besar Alibaba Express (tak pernah tayang kereta, tayang duit dalam insta mahupun fb).Kini fenomena beli belah 11.11 dah masuk dalam Malaysia sekalipun dalam Lazada mahupun mana mana website beli belah Malaysia.Hal ini kerana, dulu masa kecik, aku tertanya tanya la apakebenda la Boxing Day atau Black Friday ni tapi jawapan yang gua dapat hanyalah, ni semua hari istimewa agama lain, tak boleh tahu. Pulak dah.Rupanya itu adalah hari di mana segala barang mahal diberi diskaun (munasabah, bukan munasarawak).Jadi, apa apa hal, nak libatkan diri dalam pembelian online, kena buat study dulu, jangan main bedal je. Karang beli barang 10.11 harga rm100 masuk 11.11 jadi rm50. Tak ke meroyan sepanjang tahun duk pikir diskaun yang sepatutnya kau dapat tu?Happy 11.11.