31 December 2011

the janggal things to do.


  1. saying 'hi' after 10 years of grudge.
  2. slapping your children butt even they doing nothing *fedo fedo gitu
  3. ter 'ate' stale food.
itu baru pembuka kata.
hendak menulis didalam bahasa penjajah, inggeris, tersedar dek lamunan petang yang ia belum cukup meresap dalam diriku.
tiada tahu kenapa melayu itu masih kuat dan tegar.
bukanlah aku tiada mahu berimprovisasi, bukanlah pula mahu memprovokisasi.
malahan kereta yang aku guna pun masih melayu yang buat.
itulah kerana aku bangga,
dengan melayu.

tiba tiba terfikir kehidupan lampau aku.
aduh! sungguh dayus dan bodoh.
tapi aku tiada menyesalinya dan tiada pula malu dengannya.
kerana itu semua membentukku menjadi manusia.

and the janggal things to do most is, menegur guru yang sudah lama tidak ditegur.
padahal guru itu dahulunya pernah menyepak, menampor, mengherdik di muka kau kerana apa yang dianggapnya kau berbuat salah.
dan dia bajet dia yang membentuk kau menjadi manusia.
that's awful.
that's is not a teacher.

20 December 2011

botol susu seorang bayi naif hilang.

bayi kehilangan botol susunya.
pada siapa dia mahu meminta tolong?
bercakap tiada pandai, berdiri pula tiada kudrat.
hanya Allah maha mengasihani.

begitulah kehidupan.
seperti bayi tersebut, manusia alpa bila mempunyai sesuatu.
pabila hilang, mulalah meronta ronta meminta pertolongan.
yang hairannya, Allah itu merupakan jalan terakhirnya.

walhal sepatutnya, sewajibnya Ia menjadi pilihan utama.
tiada selainNya.

meniti bibir 20 tahun.
terasa diriku muda, atau tua?
haha lupakan 'nonsense' umur itu.
umur hanyalah, angka yang menggambarkan pengalaman aku di dunia.

hari ini sibuk.
menolong daddy kemas barang yang ingin dihantar shipping.
baiki kenderaan di bengkel Uncle Siva.
harijadi saudara sepupu perempuanku.
belikannya barang alatulis sekolah.
kemungkinan cukup untuk menampung ilmu yang bakal di kaut.

ipg, bukan ku rindu.
bukan ku benci.
cuma aku ingin mengatakan yang aku rasa bersalah tinggal kau lama lama di PC seorang diri. Haha

18 December 2011

hati terdetik bercerita pabila ia dihenjut.

hati itu sungguh rapuh.
berkata baik padanya rapuh, berkata buruk padanya juga rapuh.
peliknya walhal ia diperbuat daripada segumpal darah.

pabila cinta diluahkan, tidak kira melalui kata kata mahupun perbuatan.
hati dilibatkan.
mesti kah ia terlibat?

oh, hati itu tiada kaitan.
otak itu mempunyai kaitan pula.
pabila bercinta bukan setiap saat kita mencintai.
ada kalanya benci muncul dan menggantikannya sehinggakan 
benci itu mula menenggelamkan cinta.
tetapi berterima kasihlah pada kasih sayang di mana, 
sekali ia wujud.ia akan selalu berada pada kewujudannya.

16 December 2011

syukur ke hadrat Illahi

syukurlah segala kecintaanku berakhir dengan semua rahmatnya.
musik.
jauh sekali dengan apa yang aku pelajari selama ini.
tiada pula aku mempunyai bakat cuma aku meminatinya.

harmonica alat musik baru ku.
mungkin cinta terakhirku.
biarlah baru berkenalan selama beberapa hari.
tetapi kecintaanku dipenuhi rahmat.
hidup lama lah ye si tukang gunting :D

11 December 2011

idaman kalbu memetik jiwa

semua orang mempunyai impian tersendiri.
nak pergi Disneyland la, nak kawen grand grand mcm grant holt la.
tapi aku lain.
berbeda sama sekali ye.hehe :)

selepas semua ataupun kebanyakan alat muzik aku da choba, tapi tetap tak pandai.
aku berazam ingin menchoba harmonica.
menambah koleksi alat musik ku.
choba untuk menjadi se'country' yang boleh.
well, lain daripada yang lain.
memang tak berapa cool, nampak pelik =="
itulah idaman kalbu, memetik jiwa.

petikan the barbers ;
" kadang kadang air mata. terpaksa juga mengalir.
ia mengalir menjadi darah.
ooh tanah, milik nenek moyangku.
dulunya subur kini menjadi gersang. "

08 December 2011

salam kejauhan

di kejauhan, 
aku termenung teringatkan sebuah kugiran.
kugiran kecil bernama tukang gunting.

pasti mereka kais pagi makan pagi,
manakala kais petang makan petang lah pula kan.

apakan daya seni puisi terkubur di negara sendiri,
tapi pihak yang menghambur nada hina mencacinya.

tiada puisi tiada seni.

seorang pendidik bangsa barangkali