20 December 2011

botol susu seorang bayi naif hilang.

bayi kehilangan botol susunya.
pada siapa dia mahu meminta tolong?
bercakap tiada pandai, berdiri pula tiada kudrat.
hanya Allah maha mengasihani.

begitulah kehidupan.
seperti bayi tersebut, manusia alpa bila mempunyai sesuatu.
pabila hilang, mulalah meronta ronta meminta pertolongan.
yang hairannya, Allah itu merupakan jalan terakhirnya.

walhal sepatutnya, sewajibnya Ia menjadi pilihan utama.
tiada selainNya.

meniti bibir 20 tahun.
terasa diriku muda, atau tua?
haha lupakan 'nonsense' umur itu.
umur hanyalah, angka yang menggambarkan pengalaman aku di dunia.

hari ini sibuk.
menolong daddy kemas barang yang ingin dihantar shipping.
baiki kenderaan di bengkel Uncle Siva.
harijadi saudara sepupu perempuanku.
belikannya barang alatulis sekolah.
kemungkinan cukup untuk menampung ilmu yang bakal di kaut.

ipg, bukan ku rindu.
bukan ku benci.
cuma aku ingin mengatakan yang aku rasa bersalah tinggal kau lama lama di PC seorang diri. Haha

No comments:

Post a Comment

seorang pendidik bangsa barangkali