18 December 2011

hati terdetik bercerita pabila ia dihenjut.

hati itu sungguh rapuh.
berkata baik padanya rapuh, berkata buruk padanya juga rapuh.
peliknya walhal ia diperbuat daripada segumpal darah.

pabila cinta diluahkan, tidak kira melalui kata kata mahupun perbuatan.
hati dilibatkan.
mesti kah ia terlibat?

oh, hati itu tiada kaitan.
otak itu mempunyai kaitan pula.
pabila bercinta bukan setiap saat kita mencintai.
ada kalanya benci muncul dan menggantikannya sehinggakan 
benci itu mula menenggelamkan cinta.
tetapi berterima kasihlah pada kasih sayang di mana, 
sekali ia wujud.ia akan selalu berada pada kewujudannya.

No comments:

Post a Comment

seorang pendidik bangsa barangkali