Skip to main content

syukur ke hadrat Illahi

syukurlah segala kecintaanku berakhir dengan semua rahmatnya.
musik.
jauh sekali dengan apa yang aku pelajari selama ini.
tiada pula aku mempunyai bakat cuma aku meminatinya.

harmonica alat musik baru ku.
mungkin cinta terakhirku.
biarlah baru berkenalan selama beberapa hari.
tetapi kecintaanku dipenuhi rahmat.
hidup lama lah ye si tukang gunting :D

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

apa itu mergastua

diungkit cerita lama tiada gunanya. lebih baik menjadi simpanan memori hingga ke tua, dibiarkan rahsia. tersemat di hati nanti membusuk. biarlah, berpijak pada realiti dan waktu kini itu lebih bagus.
aku ini lembut sungguh malahan rapuh orangnya. dilihat mata kasar memanglah tegap *koya. tetapi hati ini kondisinya siapa yang tahu, hanya Allah yang tahu. hancurnya sedikit kawasan hati luka dalam itu terpahat selamanya. ingatlah.
aku kini di awangan. dicintai dan mencintai. apa yang diidamkan aku capai akhirnya. ini bukannya pengakhiran yang bahagia lagi,  malahan baru secebis permulaan, yang sempurna. lamanya sebelum ia menjadi yang halal persis bidadari duniawi ku.
musuh jangan dicari. cerita lama jangan diulang kembali. malahan hati itu janganlah dilukai. kerana lebih baik kita mencintai.

Tulisan pertama sebagai guru yang dicampak

Aku seorang guru.
Memang aku iyakan sahaja bila mana masa di temuduga. "Sanggup tak cikgu ke mana mana asalkan bekerja sebagai guru? "
Akan tetapi, fikirlah logik.
Semua manusia ada sebabnya, di dalam borang ditulis tempat asal.
No kad pengenalannya.

Bila dah diisi, buat sesuatu dengan data itu.
Bukannya hanya sebagai tulisan yang terbang dek ditiup badai.

Sudah hampir dua tahun aku dalam profesion ini.
Stress nya ada, gembiranya ada.
Masuk tahun 2019, kecelakaan pertama.

Dibuang ke sesi petang.
Nak menyesuaikan diri dah mengambil masa satu bulan.
Aku bukan nya nak mengeluh, tetapi disinilah ku luahkan isi perut.
Nak baca silakan kalau rabun ambil spek kalau taknak baca dengarlah podcast aku sahaja.

Perjalanan bertemu kekasih hati setiap minggu makin menyukarkan.

Tapi aku percaya, Allah hadirkan masalah kerana Dia tahu aku mampu mengatasinya.

#naktukar

Perjalanan yang jauh terasa dekat dengan perkongsian driver

Bagaimana caranya untuk memandu ke Kuala Lumpur tanpa rasa letih dan sakit hati sebab anda sorang je kena drive? Kongsi pemanduan anda dan bahagiakn ia mengikut tiga bahagian. Selepas setahun memandu berseorangan ke Johor Bahru daripada Kelantan, tiada lagi perjalanan di atas jalan yang terasa selama menuju ke sana. Tips nya adalah:1. Jangan rushing semasa nak menuju ke sesuatu tempat2. Selalu sediakan air dan makanan ringan untuk 'pilot'3. Sentiasa sediakan lawak lawak yang kurang lawak dan sentiasa sediakan isu untuk dibincangkan bersama4. Sediakan sesuatu untuk dipakai ketika sejuk contohnya selimut dan sweater yang dipakai ke Gunung Everest5. Gilir pemandu bila tiba di bahagian seterusnya7. Jangan mengelat. Berlakon mengantok dan seangkatan dengannya