22 February 2012

tukar topik sedikit


ditolak tepi ibarat mati.
tiada pula aku terasa hati.
tidak dihiraukan malah diambilnya perkara lain.
tiada pula aku berkata apa apa.
bukannya aku ini meminta apa apa,
cuma hargailah apa yang didepan mata.
bukannya lama,10 minit sahaja pun.
sekejap kan?
itu sudah cukup untuk seorang budak tua hitam ini.
tiadalah pula demanding lebih.

words is nothing without any action.
apa maksudnya?
praktikal itu perlu bila kita belajar teori.
itu secara falsafahnya.
tetapi apa apa pun, semuanya berpunca dariku.
maaflah kerana aku seorang budak mencintai seorang puteri idaman kalbu sepenuh hati.
tiada pernah terlintas sesiapa di hati ini.
mungkin itu salahku.
tetapi aku tiada bisa mengubahnya.
kerana ia lahir daripada diriku yang kerdil ini.


rindu cik khalida.

14 February 2012

apa itu mergastua

diungkit cerita lama tiada gunanya.
lebih baik menjadi simpanan memori hingga ke tua, dibiarkan rahsia.
tersemat di hati nanti membusuk.
biarlah, berpijak pada realiti dan waktu kini itu lebih bagus.

aku ini lembut sungguh malahan rapuh orangnya.
dilihat mata kasar memanglah tegap *koya.
tetapi hati ini kondisinya siapa yang tahu, hanya Allah yang tahu.
hancurnya sedikit kawasan hati luka dalam itu terpahat selamanya.
ingatlah.

aku kini di awangan. dicintai dan mencintai.
apa yang diidamkan aku capai akhirnya.
ini bukannya pengakhiran yang bahagia lagi, 
malahan baru secebis permulaan, yang sempurna.
lamanya sebelum ia menjadi yang halal persis bidadari duniawi ku.

musuh jangan dicari.
cerita lama jangan diulang kembali.
malahan hati itu janganlah dilukai.
kerana lebih baik kita mencintai.

seorang pendidik bangsa barangkali