14 February 2012

apa itu mergastua

diungkit cerita lama tiada gunanya.
lebih baik menjadi simpanan memori hingga ke tua, dibiarkan rahsia.
tersemat di hati nanti membusuk.
biarlah, berpijak pada realiti dan waktu kini itu lebih bagus.

aku ini lembut sungguh malahan rapuh orangnya.
dilihat mata kasar memanglah tegap *koya.
tetapi hati ini kondisinya siapa yang tahu, hanya Allah yang tahu.
hancurnya sedikit kawasan hati luka dalam itu terpahat selamanya.
ingatlah.

aku kini di awangan. dicintai dan mencintai.
apa yang diidamkan aku capai akhirnya.
ini bukannya pengakhiran yang bahagia lagi, 
malahan baru secebis permulaan, yang sempurna.
lamanya sebelum ia menjadi yang halal persis bidadari duniawi ku.

musuh jangan dicari.
cerita lama jangan diulang kembali.
malahan hati itu janganlah dilukai.
kerana lebih baik kita mencintai.

No comments:

Post a Comment

seorang pendidik bangsa barangkali