22 October 2012

hidup

keliru dan pening.
akan dua possibilities yang mungkin mengubah hidup.
tetapi apakan daya semuanya memerlukan pengorbanan.

ia amat berat bagiku.
cukup stressful.
tidak suka akan kehidupan begini yang akan mungkin memberikan aku darah tinggi.

tak apalah, mungkin kalau aku dapat ia akan menjadikan aku bongkak.
bongkak itu bukan perkara yang bagus ya rakan rakan.

tak elok nanti semua akan marah dalam hati pada kita.
mungkin mempunyai segalanya bukannya segalanya.

20 October 2012

hari pertama

hari pertama di rumah sepanjang study week ni.
memang berubah lah tak menjadi study week dah bila di rumah.
study kena kat hostel je kan rakan?

post ini memang pemalas.
tuannya lagi pemalas tak pernah sentuh buku sejak pegang stereng.
takminat sangat bola tapi sebab tak da menda nak buat.
lepak rumah pakcik ada wifi gitu boleh sesambil tengok bola.

orang jauh di sana,
sabarlah.
shopping itu memang memenatkan dan memenatkan hati jiwa kalau tak dapat apa apa lagi kan?
tapi segalanya ada dalam jiwa dan hati kita :D

semoga baca dan dapat terus bersabar.
kosentret study boleh berjaya itu lagi enak!

17 October 2012

mesin masa

ibarat mesin masa.
kepulangan pertukaran tiket barangkali katanya.
*hopefully dia tak marah gua cakap barangkali ni.

makan tuna spread satu tin dan sebuku roti menjadikan aku seorang penyakit perut tegar.
kelas bermula pada pukul 2 petang sehingga 3 petang.
tak apalah demi secebis perkongsian ilmu aku sanggup curahkan masa dan baktiku padanya.

dibayar dan juga dijamin pekerjaan bukannya suatu perkara mudah pada ketika ini.
yang lain aku persetankan sahaja.

*mesin masa, kau sepatutnya dihapuskan.
mengganggu masa kesempurnaan yang diidamkan.
tetapi tiada mengapa mungkin ini satu hikmah tersembunyi dariNya.

bahasa

salam sejahtera dan semoga dicurahkan kebahagiaan semuanya.
lama dah tak update blog. katanya bulan ni bulan bahasa kebangsaan.
ada sesetengah orang tu tak tahu pun bulan tu apa.
bulan sabit ke bulan sabit merah? hahaha
dan ada yang tak tau apakah bahasa kebangsaan kita.

lama dah kerajaan menchoba.
haaaa stail p ramlee gituuu.
mengantuk menaip tapi cintakan bahasa punya pasal.
aku suka melihat variasi bahasa yang dicipta dengan tidak sengaja oleh masyarakat kini.
ada cina english.
ada india english.
ada malanglish.
dan ada juga bangsat english.
hehehe ada dalam satu program realiti tv dulu.
datanglah seorang peserta ujibakat nak jadi selebriti tv katanya.
cakap english campor melayu kelasss gitu.
bila disuruh concentrate cakap melayu tunggang terbalik.
alasannya parents selalu guna english je dekat rumah.
bila disuruh speaking berterabur bersepai rasa nak sepak muka dengan tv sampai bersepai sekali lagi.

adik adik abang abang senior kakak kakak marilah kita bermuhasabah.
pakailah sesuatu bahasa itu dengan elok. ada etikanya.
menjadi manusia dibentuk dengan acuan bukannya dicurah di atas tanah begitu sahaja.

harini makan mcd bersama rakan rakan dan si dia.
aku mendapat hadiah sebiji lagi beger mcdeluxe.
kasihannya padanya terpaksa spend so much money.
be thrifty ya nanti?
barulah kita boleh ke jinjang pelamin awal bila dah cukup simpanan nanti kan?

malam makin sejuk.
perlukan selimut tetapi mungkin hatiku selesa. 
ia selalu panas dengan kasih sayang.
semoga hidup ibu bapaku dan orang tersayang dirahmatinya.
amin.

16 October 2012

lama nampak

susah hendak menulis di dalam bm.
bukan apa cuma dikongkong oleh mat mat salleh yang asyik suruh aku memarjonkan diriku.
*marjon-link student ipg yang dihantar ke uk*
mereka bagus. cuma tak kenal mesti lah cakap tahi kan?

harini ke pantai.
bessss.
nak upload gambar tapi dengan bodohnya tinggal kamera dalam kereta bersama kad memori.
nak ambil gambar berbola berkeranjang pun tak kesampaian lagi.
tengah lepak di pantai, datang sebuah lori bising kemain lagi
'amik gambar doh, amik gambar!'
hahaha nak try ke bang?
meh saya ambilkann.

makan eskrem sebalang.
gila murah babeng eskrem nya rm 5.
cookies cream pula tu.
bila makan banyak rasa nak muntah dah.
alaha berminyak pula.
setahu aku eskrem tak digoreng.
mungkin minyak muka si pekerja kilang tumpah masa nak bungkus eskrem ni semalam ni kot.

berikan tepukan gemuruh kepada pemilik phone baru.
dulu dia kemain bangga dengan 8 mp dia.
sekarang 5 mp pun jadilah asalkan dapat peninggalan wasiat steve jobs dia.

terakhir sekali.
maafkan lah saya kerana mulut cabuk.
jangan;ah ikat diri kita dengan ego lagi ya?
jom berkolaborasi!

*ramai anggap gua dah angkat tangan dalam blog. malas nak tulis lah. tak ada ideaaa

seorang pendidik bangsa barangkali