29 July 2015

Malam malam hari raya polis Malaysia

Tengah drive kereta laju laju terkejut sebab ada roadblock! Alamak setahu aku memang selepas banjir susah nak ada roadblock polis ni. Sesuatu yang amat luarbiasa! Takde bukti la pulak nak menunjukkan benda tu!

Takpalah, aku bersyukur dapat balik dan jumpa mat khair. Tq sbb aku nampak kau adalah seorang adik yang baik.

Hari kelima di Sk Merbau

The school is a very good school. I can see that in the soul of their teachers. Budak pula, hanya satu nak kena ajar, adab. Kita sebagai guru kena paham, semua budak dilahirkan tak pandai. Kita kena trigger their mind to be intelligent. Our job is not to teach, but to educate.

Apa maksud educate? Maksudnya, bukan hanya buku teks punya pembelajaran tapi dengan mengajar mereka tentang adab dan macam mana nak hormat orang. Itu je yang Malaysia kita perlukan.

Buat masa ni, mereka dah 80% menghormati aku dan duduk diam dalam kelas. Bagus budak, cikgu belanja keropok kat diri sendiri.

28 July 2015

Gambaran wajah dua warga sk merbau

Hari ko kurikulum

Salam praktikum hari keempat di sk merbau

Harini hari paling gembira buat aku dan teman praktikum. Bukan sebab observe dapat A ke apa tapi sbb makanan dua orang, nasi banyak lauk daging goreng empuk sedap bersama sayur masak lemak. Pucuk paku goreng. Dan telur dadar semuanya rm5! Wow gila ke?

Peristiwa dia macam ni, tadi masa nak bayar, kak je (a.k.a scarface merbau) disuruh kira harga makanan. Dengan slownya dia berbisik padaku, rm3 pade la semuanya. Aku tersentak kaku. Masakan murah gila padahal si jeme siap ambik air ice lemon tea kot. Hahaha.

Aku pun sengaja la bayar rm5 sbb manatau dia nak bagi baki kan? Hahaha nate dia buat senyap je tak bagi baki. Nate. Tapi takpe, mana nak cari makanan kantin semurah tu kan? Hehehe.

Rupanya bila ditanya si jeme, semalam bila bayar, kak je slow talk dengan dia supaya pg bayar jauh jauh drpd cikgu lain sbb dia nak bagi harga spesial murah punya. Aku dah syak lain. Sbb mana ada bayar jauh baru murah. Maybe harga lain bagi si kak je ni adalah semakin mahal. Sbb semalam jeme makan sorang je. Air ice lemon tea, rm7. Haaaa yang tu gila.

Harini lu kena kak je. Kami pula, alhamdulillah 👍

Hari ketiga

Hari ketiga di sk merbau.
Masih bersemangat dengan selingan buat relax.

Takleh nak bersungguh sangat sbb nobody will see your effort. Tp tak apa, you'll train yourselve to be better and good.

Harini kelas relief sangat banyak dek kerana PK1 dah tau jadual aku dan practicum mate.

Nate.

Harini saje 8 masa, ada dua masa je untuk rehat. Satu masa lg kira burn sbb datang sekolah agak lambat ada taik cicak atas kereta. Alasan paling cool budak kelas akhir ajar gua.

Memula kelas darjah satu, sudah mula naik ke surface bahawasanya budak darjah satu ni kelas kedua dan takdelah seperfek cikgu dia cakap. Sbb masa mentor dia ajar kemain hebat. Mungkin kurang prepare kot. Lagi pun kami baru. Tak dapat nak ejas camano nak tackle budak kocik.

Lepastu terus kelas gua, aku main elat sikit. Semua cikgu minta gua buat latihan untuk sambutan hari raya sabtu depan je. Cool!

Masuk kelas, marah budak sikit. Bagi motivasi tentang bahawasanya semua manusia dilahirkan bodoh. Hanya usaha boleh mengubah. Gua sendiri tetiba sentap sbb dulu masa darjah tiga baru boleh membaca. Hehe (taknak gelak panjang).

Lepastu bila tanya budak 5G (kelas last) nak buat persembahan gapo, dorang terus cakap nak!

Bila ditanya dorang pernah buat persembahan tak, dorang cakap 'tak pernah sir, takdok ore pernah tanya etek'. Etek tu ialah pun dalam bahasa standard. Jangan nak melucah kat sini. Kesian, sebak dan sangat pilu rasa di hati mengenangkan nasib di anak tirikan di sekolah sendiri.

Dan selepas tu, aku ada relief 4 masa. Memang saya suka! Saya bergurau senda lemah lembu (hehe) sahaja. Okay kali ni gua kena relief kelas darjah 4, 4 masa. Lama tu, budak pula ibarat little devil. Hehe. Tp gua suka je. Terutama skali bila test IQ. Sobar, ada hikmah kita di kelas belakang ya anak anak. Ada ruang untuk berubah. Bukan?

Hari ku diakhiri dengan pembelian nasi kak wook resipi original pasar buluh kubu. Thorbaik.






26 July 2015

Hari kedua praktikum fasa dua

Salam semua bakal guru sekalian.
Macam mana sekolah masing?

Kami Sk Merbau thorbaik.
Sila pilih sekolah ni untuk praktikum korang semua.
Bukan nak iklan ke apa tapi meme ia akan mengubah kehidupan anda.

Sekolah supportive, murid murid masih mengharap kuasa guru untuk mengubah kehidupan mereka. Apa lagi guru praktikum nak?

Kita beri sedikit, tp dianggap sebagai penyelamat mereka. Bangga la sikit. Ni anak melayu kita. Nak tolong, ubah sikit sikit.

Harini nasi kerabu. Masih dugaan manja. Kawan praktikum jahat nak mampus. Kena teman sama.

Harini tajuk mengumpat adalah pasal denggi dan kahwin campuran negeri. Amacam? Tunggu esok lah ye cikgu cikgu sekalian.

Selepas lama sangat (bedooh) menyepi

Kini gue kembali.
Menulis.

Bukan sebab apa, cuma nak rasa balik apa feeling ada blog.

seorang pendidik bangsa barangkali