Skip to main content

Salam praktikum hari keempat di sk merbau

Harini hari paling gembira buat aku dan teman praktikum. Bukan sebab observe dapat A ke apa tapi sbb makanan dua orang, nasi banyak lauk daging goreng empuk sedap bersama sayur masak lemak. Pucuk paku goreng. Dan telur dadar semuanya rm5! Wow gila ke?

Peristiwa dia macam ni, tadi masa nak bayar, kak je (a.k.a scarface merbau) disuruh kira harga makanan. Dengan slownya dia berbisik padaku, rm3 pade la semuanya. Aku tersentak kaku. Masakan murah gila padahal si jeme siap ambik air ice lemon tea kot. Hahaha.

Aku pun sengaja la bayar rm5 sbb manatau dia nak bagi baki kan? Hahaha nate dia buat senyap je tak bagi baki. Nate. Tapi takpe, mana nak cari makanan kantin semurah tu kan? Hehehe.

Rupanya bila ditanya si jeme, semalam bila bayar, kak je slow talk dengan dia supaya pg bayar jauh jauh drpd cikgu lain sbb dia nak bagi harga spesial murah punya. Aku dah syak lain. Sbb mana ada bayar jauh baru murah. Maybe harga lain bagi si kak je ni adalah semakin mahal. Sbb semalam jeme makan sorang je. Air ice lemon tea, rm7. Haaaa yang tu gila.

Harini lu kena kak je. Kami pula, alhamdulillah 👍

Comments

Popular posts from this blog

apa itu mergastua

diungkit cerita lama tiada gunanya. lebih baik menjadi simpanan memori hingga ke tua, dibiarkan rahsia. tersemat di hati nanti membusuk. biarlah, berpijak pada realiti dan waktu kini itu lebih bagus.
aku ini lembut sungguh malahan rapuh orangnya. dilihat mata kasar memanglah tegap *koya. tetapi hati ini kondisinya siapa yang tahu, hanya Allah yang tahu. hancurnya sedikit kawasan hati luka dalam itu terpahat selamanya. ingatlah.
aku kini di awangan. dicintai dan mencintai. apa yang diidamkan aku capai akhirnya. ini bukannya pengakhiran yang bahagia lagi,  malahan baru secebis permulaan, yang sempurna. lamanya sebelum ia menjadi yang halal persis bidadari duniawi ku.
musuh jangan dicari. cerita lama jangan diulang kembali. malahan hati itu janganlah dilukai. kerana lebih baik kita mencintai.

Perjalanan yang jauh terasa dekat dengan perkongsian driver

Bagaimana caranya untuk memandu ke Kuala Lumpur tanpa rasa letih dan sakit hati sebab anda sorang je kena drive? Kongsi pemanduan anda dan bahagiakn ia mengikut tiga bahagian. Selepas setahun memandu berseorangan ke Johor Bahru daripada Kelantan, tiada lagi perjalanan di atas jalan yang terasa selama menuju ke sana. Tips nya adalah:1. Jangan rushing semasa nak menuju ke sesuatu tempat2. Selalu sediakan air dan makanan ringan untuk 'pilot'3. Sentiasa sediakan lawak lawak yang kurang lawak dan sentiasa sediakan isu untuk dibincangkan bersama4. Sediakan sesuatu untuk dipakai ketika sejuk contohnya selimut dan sweater yang dipakai ke Gunung Everest5. Gilir pemandu bila tiba di bahagian seterusnya7. Jangan mengelat. Berlakon mengantok dan seangkatan dengannya

Couple Day (11.11)

Suatu revolusi jual beli yang dicetuskan oleh Jack Ma, orang besar Alibaba Express (tak pernah tayang kereta, tayang duit dalam insta mahupun fb).Kini fenomena beli belah 11.11 dah masuk dalam Malaysia sekalipun dalam Lazada mahupun mana mana website beli belah Malaysia.Hal ini kerana, dulu masa kecik, aku tertanya tanya la apakebenda la Boxing Day atau Black Friday ni tapi jawapan yang gua dapat hanyalah, ni semua hari istimewa agama lain, tak boleh tahu. Pulak dah.Rupanya itu adalah hari di mana segala barang mahal diberi diskaun (munasabah, bukan munasarawak).Jadi, apa apa hal, nak libatkan diri dalam pembelian online, kena buat study dulu, jangan main bedal je. Karang beli barang 10.11 harga rm100 masuk 11.11 jadi rm50. Tak ke meroyan sepanjang tahun duk pikir diskaun yang sepatutnya kau dapat tu?Happy 11.11.