17 August 2015

Salam kejutan jantung mujur tak gugur

Sudah hampir sebulan di sekolah ini. Makin aku dah reti selok belok nak mengajar dan juga cara nak mengatasi budak kurang ajar tahap dajal level moksya dendaman purba petala langit ke 112. Tapi, kekecewaan dan kebedebean aku terhenti di kala hari ahad, suatu lawatan mengejut tiba setelah pada malam sebelumnya aku tak tidur kerana sibuk menyiapkan esainmen. Sesuatu yang akau hanya akaj buat sebab kalau tak buat taleh grad, kalau tak grad tak kerja, kalau tak kerja tak kawin, kalau tak kawen taleh cahaya mata, kalau taleh cahaya mata taleh nak update status kegembiraan setiap sejam di facebook dan instagram.

Selepas perhimpunan, aku masuk secara cepat ke kelas darjah satu (first time masuk tepat waktu). Lesson plan tak siap tapi dalam kepala ada dah idea nak mengajor apa. Hurm tapi malangnya, dua minit aku mengajor, tiba satu panggilan talipan sang memanggil untuk melihat bagaimana aku mengajar.

Aku jemput masuk. Terkejut mukanya aku bilang lesson plan enggak siap ibuk. Hurm, lalu dia pulang dengan sedih tapi walau sesedih mana pun dia, aku lagi sedih sbb markah kosong. Gambar tu semua gambar sekolah. Gambar peristiwa mana sempat nak ambil.

Kalau sempat ambil, tak kosong dah markah aku.

10 August 2015

Hari makin syaitan

Hari yang memenatkan. Selepas peristiwa semalam, aku terus tergerak hati nak cakap bebudak ni memang perangai kurang ajar dia takde sape boleh cope.

Kau bayangkan, lecturer kat belakang tengah observe, aku suruh eja 'astronauts' dia eja elok elok, lepastu dia cakap kuat kuat 'tahi babi'. Banyak kali. Habis kengkawan dia mengjampuk.

Aku serahkan kes ni pada semua rakan rakan online di luar sana nak hakimi macam mana. Beres?

Salam sayang guru kepada generasi anak anak kamu semua di luar sana yang suka main whatsapp.

09 August 2015

Sambutan raya sk merbau

Hari yang letih, jadi MC, buat persembahan. Tapi semuanya berbalok untuk secebis memori dan juga pengalaman.

Muka letih selepas sambutan raya juga dikepilkan bersama.

04 August 2015

Hari exam ketiga, minggu kedua praktikum

Harini gua nak ajar tips mengajar dan control budak kelas last. Budak kelas last ni dia suka kita ajar dia bukan sebab kita hensem atau lawo, jangan perasan deh. Dia suka kita ajar sebab dia boleh test kita dan boleh cabar kewibawaan kita. U all bayang, dia cakap, mak saya mati cikgu. Ayah saya sama muka denvan sir. Apa u mau bilang? Mesti la sikap kesian, sikap nak mendekati tu akan ada. And kita akan mula discriminate budak tu dengan budak lain. Tak semestinya budak lawa hensem pandai je kita pilih. Budak kes macam ni akan jadi ujian juga

03 August 2015

Kak je kantin

Contoh julingan scarface

Hari exam kedua

Harini jaga budak darjah 1. Memang syaitan perangai dia. Aku masih dibuli dengan dugaan sebelum beraya besok! Tapi, maybe nak sambung aje. Sebab poket pun tengah puasa sekarang ni.

Hari hari makin boring. Aku menanti juga hari yang makin mencabar tu. Hurm, memang aku agak tertekan sebab rilek sangat. Hurm macam riak la pulak.

02 August 2015

Hari ketiga, di mana exam kanak kanak bermula

Sk Merbau telah berjanji takkan berikan kami kelas ganti untuk jaga exam, sebab mana nak percaya kami budak muda jaga orang exam. Habis la meniru nanti kan? Sesuatu berlaku pagi ni di mana kami diberi dua kelas untuk masuk dan jaga exam. Satu kelas first, satu lagi kelas last, aku ajar.


Yang kelas first aku tak risau sangat tapi yang kelas last ni merisaukan dan membimbangkan kepala otak gua sebagai seorang guru praktikum hensem dan muda. Yang risaunya adalah bila dorang start nak bercakap and you cannot even speak a word, sebab bising sangat.


Harini juga PK KO baru masuk dan di mana namanya quite unik, Encik Ghulam. Baik orangnya. tersentak kami dibuatnya.


Elaun tak masuk lagi, janji macam apa.


Kenapa nak bezakan kami dengan zon KL sana? Ingat KB ni murah sangat ke hah? Macam Ferrari dengan Kancil? Kenapa harga nak berbeza? Padahal dua dua kena taruk minyak kalau nak jalan ye dok?








 

01 August 2015

Salam minggu kedua, hari pertama, 2 ogos

Minggu kedua, aku tukar nombor, member praktikum tak. Supervisor call tak dapat dapat. Masa tengah paired teaching, tengah mengajar, tetiba call nak jumpa aku.

Wow impromptu sangat. Sangat tekezuz.

Jumpa jumpa borak sikit and then makan minum di kafe. Dia siap pesan dah, kali ni fasa kedua, dia akan lebih banyak memberi serangan jantung pada kami! Aduh!

Tapi tak apalah, misi kali ni, puasa secukupnya dan seterusnya siapkan semua esainmen. Apa macam?

seorang pendidik bangsa barangkali