17 August 2015

Salam kejutan jantung mujur tak gugur

Sudah hampir sebulan di sekolah ini. Makin aku dah reti selok belok nak mengajar dan juga cara nak mengatasi budak kurang ajar tahap dajal level moksya dendaman purba petala langit ke 112. Tapi, kekecewaan dan kebedebean aku terhenti di kala hari ahad, suatu lawatan mengejut tiba setelah pada malam sebelumnya aku tak tidur kerana sibuk menyiapkan esainmen. Sesuatu yang akau hanya akaj buat sebab kalau tak buat taleh grad, kalau tak grad tak kerja, kalau tak kerja tak kawin, kalau tak kawen taleh cahaya mata, kalau taleh cahaya mata taleh nak update status kegembiraan setiap sejam di facebook dan instagram.

Selepas perhimpunan, aku masuk secara cepat ke kelas darjah satu (first time masuk tepat waktu). Lesson plan tak siap tapi dalam kepala ada dah idea nak mengajor apa. Hurm tapi malangnya, dua minit aku mengajor, tiba satu panggilan talipan sang memanggil untuk melihat bagaimana aku mengajar.

Aku jemput masuk. Terkejut mukanya aku bilang lesson plan enggak siap ibuk. Hurm, lalu dia pulang dengan sedih tapi walau sesedih mana pun dia, aku lagi sedih sbb markah kosong. Gambar tu semua gambar sekolah. Gambar peristiwa mana sempat nak ambil.

Kalau sempat ambil, tak kosong dah markah aku.

1 comment:

seorang pendidik bangsa barangkali