28 October 2016

Bersyukur dan menanti

Saya tau ramai dah di antara pelajar IPG kini tak sabar nak menghabiskan sisa hidup yang kononnya terseksa di IPG walhal diberikan elaun free selama 5 tahun setengah tanpa perlu bayaran balik.

Di sini semua penulisan saya hanyalah berdasarkan perspektif seorang bakal guru, bukan seorang guru, doktor, engineer, atau pelajar. Jadi kalau ada percanggahan pendapat minta ditegur secara baik di lama Whatsalp atau FB.

Ada yang sudah menerima panggilan temuduga dan semuanya sudah selesai buat mereka. Hanya menanti tempat u tuk bekerja manakala lebih 3000 lepasan IPG menanti temuduga bercampur dengan graduan simpanan dan beberapa kes tercicir tahun lepas.

Apa yang boleh saya nukilkan di sini hanyalah kita perlu bersyukur dan look at the positive dan teruskan berdoa. Buat apa yang perlu, latih otak dan teruskan aktif bukan duduk selebek kat rumah ye?

Salam.

10 October 2016

Meniti bibir akhir pengajian PSIMP di IPG

Sesuatu yang sudah lama diinginkan tetapi ia tetap memberi perasaan yang berbeza buat semua orang. Ada yang mahu rehat ada yang mahu terus bekerja. Dan tidak lupa pada yang ingin terus berbakti pada kedua ibu bapa. Apa yang penting, positifkan hati dan jiwa. Hati hindari sifat busuk dan dengki.

Siapapun kita, pasti ada yang lebih hebat. Jangan pernah lupa asal usul. Teruskan menuntut ilmu kerana itulah apa yang kita perlu. Tanpa ilmu siapalah manusia, hanya seketul daging di atas bumi.

Bila bersahabat, buatlah satu lingkungan, supaya semuanya positif. Hindari negativiti. Bukan untuk menghukum tapi untuk menjaga diri supaya terus positif.

Bila bekerja, selalunya merendah diri. Bertanya jika tidak tahu dan elakkan rasuah masa. Jangan asyik dikecam rasuah di television yang bernilai berbilion ringgit kalau 1 minit pun kita rasuah untuk ke tandas. Rasuah tetap rasuah.

09 October 2016

Pemahaman pelajar IPG

Salam satu IPG semua.

Saya berbangga dapat belajar sini. Lebih lebih lagi ada satu universiti dekat kawasan ni di mana hampir kesemua pelajar menggunakan PTPTN. Amat berbeza apabila tiba di kedi makan. Ada satu ketika saya makan nasi dua lauk ayam dan sepasang pelajar universiti berkenaan makan nasi lauk telur dan kuah je banyak. Betapa bersyukurnya dapat elaun ketika itu. Tapi tempoh hayat elaun sekejap je, lebih kurang seminggu lebih.

Bila tiba Hari Sukan Negara, lagi bersyukur. Ada beberapa sukarelawan yang bertugas siap cakap 'untunglah belajar IPG, saya ejas masuk sini siap pakai kabel dua tahun dah tak dapat dapat'. Bayangkan betapa bersyukur ketika itu, perasaan saya apabila ada orang 'envy' dengan pelajar pelajar IPG.

Bersyukur dengan apa yang kita ada. Bukan semua impian dan mimpi kita bakal jadi kenyataan, tapi apa yang ada di depan mata itu patut dihargai.

seorang pendidik bangsa barangkali