10 October 2016

Meniti bibir akhir pengajian PSIMP di IPG

Sesuatu yang sudah lama diinginkan tetapi ia tetap memberi perasaan yang berbeza buat semua orang. Ada yang mahu rehat ada yang mahu terus bekerja. Dan tidak lupa pada yang ingin terus berbakti pada kedua ibu bapa. Apa yang penting, positifkan hati dan jiwa. Hati hindari sifat busuk dan dengki.

Siapapun kita, pasti ada yang lebih hebat. Jangan pernah lupa asal usul. Teruskan menuntut ilmu kerana itulah apa yang kita perlu. Tanpa ilmu siapalah manusia, hanya seketul daging di atas bumi.

Bila bersahabat, buatlah satu lingkungan, supaya semuanya positif. Hindari negativiti. Bukan untuk menghukum tapi untuk menjaga diri supaya terus positif.

Bila bekerja, selalunya merendah diri. Bertanya jika tidak tahu dan elakkan rasuah masa. Jangan asyik dikecam rasuah di television yang bernilai berbilion ringgit kalau 1 minit pun kita rasuah untuk ke tandas. Rasuah tetap rasuah.

No comments:

Post a Comment

seorang pendidik bangsa barangkali