09 October 2016

Pemahaman pelajar IPG

Salam satu IPG semua.

Saya berbangga dapat belajar sini. Lebih lebih lagi ada satu universiti dekat kawasan ni di mana hampir kesemua pelajar menggunakan PTPTN. Amat berbeza apabila tiba di kedi makan. Ada satu ketika saya makan nasi dua lauk ayam dan sepasang pelajar universiti berkenaan makan nasi lauk telur dan kuah je banyak. Betapa bersyukurnya dapat elaun ketika itu. Tapi tempoh hayat elaun sekejap je, lebih kurang seminggu lebih.

Bila tiba Hari Sukan Negara, lagi bersyukur. Ada beberapa sukarelawan yang bertugas siap cakap 'untunglah belajar IPG, saya ejas masuk sini siap pakai kabel dua tahun dah tak dapat dapat'. Bayangkan betapa bersyukur ketika itu, perasaan saya apabila ada orang 'envy' dengan pelajar pelajar IPG.

Bersyukur dengan apa yang kita ada. Bukan semua impian dan mimpi kita bakal jadi kenyataan, tapi apa yang ada di depan mata itu patut dihargai.

No comments:

Post a Comment

seorang pendidik bangsa barangkali