10 November 2016

Bola keranjang kelantan (bukan cina)

Banyak dah dalam kepala benakku mengenai bola keranjang Kelantan (bukan cina).

Pertamanya label (bukan cina). Kenapa kena ada bukan cina? Kata taknak racist tapi jadi racist jugak. Ni pemahaman aku je sepanjang main di kelantan. Kenapa kalau orang lain develop jadi hebat nak dengki? Biarlah, itulah bezanya coach hebat dan coach hati busuk. Kita ajar, dia hebat, nak menggelupur kenapa?

Bila dah tua, paham paham la sendiri, pergi petang untuk peluh bukan struggle hard to play for NBA team. Maaflah, takde sape yang betul betul komited nak ajar adik adik di sekokah. Projek sekolah sbp, mrsm, smk semua buang ke dalam tong sampah.

Sampai bila kita nak main secara competitive, bukan develop player baru dan wujudkan kesedaran anak muda tentang bola keranjang?

Couple Day (11.11)

Suatu revolusi jual beli yang dicetuskan oleh Jack Ma, orang besar Alibaba Express (tak pernah tayang kereta, tayang duit dalam insta mahupun fb).

Kini fenomena beli belah 11.11 dah masuk dalam Malaysia sekalipun dalam Lazada mahupun mana mana website beli belah Malaysia.

Hal ini kerana, dulu masa kecik, aku tertanya tanya la apakebenda la Boxing Day atau Black Friday ni tapi jawapan yang gua dapat hanyalah, ni semua hari istimewa agama lain, tak boleh tahu. Pulak dah.

Rupanya itu adalah hari di mana segala barang mahal diberi diskaun (munasabah, bukan munasarawak).

Jadi, apa apa hal, nak libatkan diri dalam pembelian online, kena buat study dulu, jangan main bedal je. Karang beli barang 10.11 harga rm100 masuk 11.11 jadi rm50. Tak ke meroyan sepanjang tahun duk pikir diskaun yang sepatutnya kau dapat tu?

Happy 11.11.

Putrajaya, aset kerajaan dan tempat tinggal untuk masa depan

Semua berangan untuk memiliki sebuah kehidupan sempurna macam dalam movie barat bukan? Naik kereta sport, rumah besar, rumah kemas, kerja duduk dalam office je tunggu agreement datang dan sign, duit juta juta masuk dan ada bini cantik.

Hakikat kehidupan seorang penjawat awam bukan macam tu. Boleh je nak capai semua benda macam tu tapi ada yang perlu dikorbankan. Contohnya masa bersama anak anak kerana bila dah pangkat besar, jadi makin sibuk dan kena ke sana ke mari banyak kerja banyak majlis nak attend.

Tapi, semua impian penjawat awam, nak masa banyak bersama keluarga dan masa yang berkualiti adalah dengan bekerja di Putrajaya dan tinggal di sana.

Suasana selesa, semua agak tersusun, mall jauh, mall ada tapi mall bosan. Dan bebudak main basikal ada hon dan naik moto lelaju takde. Yang paling jahat la kiranya main badminton depan rumah dengan adik adik. Tu je la. Tapi yang pastinya, masa berkualiti kau akan dapat.

Itu yang kita inginkan.

seorang pendidik bangsa barangkali